Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Ramadhan Telah Tiba





Alhamdulillah, syukran di atas semua kurniaan Allah S.W.T yang senantiasa memberikan kita rahmat untuk terus bernafas dan hidup dimuka bumi ciptaanNya. Ramadhan bakal tiba, mungkin pada hari Sabtu atau Ahad ini kita bakal memulakan ibadah berpuasa. Puasa wajib yang sememangnya terdapat dalam rukun islam kita yang 5 itu. Bulan yang pernuh barakah ini juga bulan untuk kita menanam azam untuk melipatgandakan pahala dan amalan soleh. InsyaAllah. 

Semoga kita dapat refleksikan diri untuk muhasabah menjadi hamba yang lebih baik.  Rebutlah peluang yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, iaitulah malam LailatulQadar.  Semoga kita semua dapat dipertemukan dengan malam tersebut. Bersempena dengan kedatangan bulan yang mulia ini, admin ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf sekiranya ada artikel di dalam blog ini mengecilkan hati pembaca.  Sekiranya ada, tegurlah.  Jika ada artikel bermanfaat, kongsikanlah.  Semoga kita dapat menempuh Ramadhan kali ini dengan penuh keikhlasan dan keinsafan. :)

No comments:

Post a Comment