Pages

agoda.com INT Lazada MY

(10 Tips Untuk Bakal Pelajar) Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Memasuki IPTA/IPTS

Salam Ramadhan kepada semua yang beragama Islam dan masih hensem dan cun dalam meneruskan amanah melaksanakan amanah dan tanggungjawab ibadah puasa kepada Allah SWT. Diharapkan agar amalan puasa kita ini diterima olehNYA. InsyaAllah.

Saje je hari ini nak kongsikan sedikit tips yang saya perolehi dari sebuah buku bertajuk '500 tips for students' karangan Prof Rice.  Agak ralat juga sebab baru terjumpa buku ini. Sebabnya, memang banyak tips yang berguna dan praktikal untuk dicuba dan diaplikasikan oleh seseorang pelajar. Memang aku pernah melalui zaman pelajar sarjana muda. Tapi itu 8 tahun yang lalu, bila dapat sambung belajar ke peringkat sarjana, terus lari 'alignment' diri. Macam tak tahu nak buat persediaan walhal dah punya pengalaman sebelum ini. Itulah lumrah manusia, seringkali terlupa. Dapat pula yang aku jenis pelupa. Lagila haru. Heh..


Berbalik kepada tips yang hendak dikongsikan ini, diharapkan pembaca dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Ia hanya lebih kepada 'common sense' dan 'logic thinking' sahaja. Cuma kita kadangkala ataupun selalu tidak mampu terfikir sebegitu.  Elok jugalah jika kita dapat 'wake up call' dari pembacaan buku-buku ilmiah seperti ini.  Tipsnya adalah seperti yang terpapar dalam gambar seperti dibawah:



Faham tak? Apa?? Tak faham.. 

Antara persiapan-persiapan yang perlu dilakukan sebelum melangkah masuk ke alam Universiti/Kolej (Versi Olahan Saya).

1.  Cari, kumpul dan baca semua maklumat berkenaan dengan kursus, subjek mata pelajaran, prospektus, kemudahan di kolej dan lain-lain maklumat yang relevan dengan diri anda.

2.  Lakukan analisa kekuatan diri anda.  Sekiranya anda tahu kekuatan yang ada dalam diri anda, maka agak senang untuk anda 'adapt' dan gunakan kekuatan anda itu dalam menghadapi cabaran yang akan datang. Misalnya, anda seorang yang peramah dan mudah untuk bergaul dengan orang lain. Maka anda mungkin boleh gunakannya untuk mencari sahabat baru yang mungkin dapat membantu anda ketika anda mempunyai masalah.

3.  Lakukan analisa kelemahan diri anda juga.  Seperti point no.2 tadi, anda mungkin akan lebih yakin untuk memulakan hidup berdikari di kolej atau universiti sekiranya anda tahu apa kekuatan diri anda. Namun, jika anda kenal kelemahan diri anda, ia mungkin menyebabkan anda tidak yakin untuk memulakan fasa baru dalam hidup anda. Jadi, senaraikan kelemahan dalam diri anda dan cuba cari cara untuk mengatasinya.

4.  Cari peluang yang terhidang di hadapan anda. Kita sambung belajar mesti ada tujuan.  Samaada ianya adalah salah satu persediaan untuk ke alam pekerjaan mahupun hanya menambahkan ilmu pengetahuan. Jadi, anda perlu peka akan peluang-peluang yang ada didepan anda yang mungkin dapat membantu anda menjadi diri yang anda ingin jadi pada masa hadapan. Contoh peluang:  Kursus-kursus motivasi dan teknik belajar yang mungkin dapat membantu anda.

5. Selalu mengjangkakan 'dugaan'.  Kata orang putih, 'Better get ready and prepared for the worst'. Yerla, kadang-kadang bila tak beringat, mungkin kita boleh hanyut dengan 'kebebasan' yang kita ada sewaktu menjadi pelajar. Maklumlah, pemantauan mak ayah dah semakin kurang.

6.  Terus gilapkan kemahiran yang anda ada.

7.  Cipta agenda anda.  Apa yang anda ingin capai? Apa yang anda ingin gapai? Target? Matlamat?

8.  Berfikiran positif.  Haha, ini amat penting. Kalau asyik fikir negatif ie, 'homesick' maka tak jadi dik..masalah tu.

9.  Jangkakan sebarang perubahan yang mungkin berlaku.

10.  Bertawakal kepada Allah SWT jangan dilupa.  Jangan lupa selalu telefon mak ayah untuk lepaskan rindu. hehehe

Orait. Selamat melangkah ke alam pelajar. Tahniah!

No comments:

Post a Comment