Pages

agoda.com INT Lazada MY

Cara Mudah Untuk Buang Lemak Terkumpul di Hari Raya Aidil Fitri

Lemak diperut? Apa? Janganlah cerita.. :) Malulah.

Biasalah, bila dah tiba hari raya ramai yang akan mengalami masalah ini. Masalah apa? Masalah terlebih makan. Rendang, ketupat, lemang dan segala macam air manis yang akan membuatkan anda terpaksa makan dengan banyaknya.  Ini dah kira macam 'rebound effect'. Kira macam balas dendam sebab dah kurang makan selama sebulan berpuasa. Nauzubillah. Minta dijauhkan dari berfikiran sebegitu. Baiklah, kita fikir macam ni pula, sebabnya setahun sekali je nak menyambut perayaan ini, mak ayah semua pula masak masakan  yang jarang-jarang dijumpa pada hari biasa dan rasanya pula sedap sangat, itu yang buatkan kita terlebih makan. Ceh!...nak sedapkan hati. :P
Pilih acara kegemaran anda



Kalau kawan-kawan nak elakkan dari mengumpul lemak di perut atau bahagian sekitarnya, eloklah jangan berlebihan sewaktu menjamu selera di hari lebaran nanti. Jika tak boleh kawal macam aku ni, eloklah kita susun strategi cara bagaimana nak atasi atau kurangkan lemak tersebut.

Aha!...ada satu website ini yang mempromosikan cara hidup sihat. Website apa tu? Klik SINI untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Elok juga kalau lepas raya nanti dapat mengeluarkan peluh. At least boleh kuatkan stamina dan kekuatan jantung. So, apa lagi. Boleh layari website tu dah pilih acara larian yang berdekatan dengan rumah anda. Kali ini, aku pilih larian Mizuno di Putrajaya. Dekat dengan kawasan rumah aku. Senang. Kalau kena kumpul seawal 6.45 pagi pun tiada masalah. Antara kebaikan sertai event macam ini adalah:

1.  Dapat kenal satu sama lain - itupun kalau korang bersembang la dengan peserta lain.
2.  Off Course dapat kesihatan yang lebih baik.
3.  Dapat T-Shirt Acara - Cool gila walaupun lari nanti tak tentu boleh tamatkan ke tidak.
4.  Dapat diskaun untuk barangan pihak penganjur. Macam kali ini  Mizuno akan beri diskaun kupon untuk peserta.
5.  Dapat hirup udara pagi yang nyaman. Bersihkan paru-paru dari asap rokok atau kenderaan yang selalu kita hidu.
6.  The list go on an on......

Akhir kata, jumpa anda disana. InsyaAllah.

3 comments:

  1. Mantap sgt tu.jumpa kat sana je nanti

    ReplyDelete
  2. Hehe..habislah lemak lepas ni..huhu...terbaiklah program ni..

    ReplyDelete