Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

(Pengalaman) Pre-school swasta atau kerajaan?

Salam hormat.

Bila sudah dewasa, berkeluarga dan punya anak-anak, memang mengujakan. Setiap hari tentu akan ada sesuatu yang baru dan perlu belajar, belajar dan terus belajar.  Biasalah, kita mana pernah mengalami situasi yang pernah dialami oleh ibu dan ayah kita.  Kita terpaksa melaluinya dan belajar.  Anak yang sulung dah berumur 5 tahun pada tahun 2014 walaupun belum cecah lagi sebenarnya sebab bulan kelahiran adalah bulan 11.  Tahun hadapan merupakan tahun untuk 'pre-school' bagi anak-anak yang berumur 6 tahun sebelum melangkah ke darjah 1 pada umur 7 tahun. Pendaftaran pra-persekolahan boleh dilakukan di alamat Jabatan Pendidikan INI.

Sebenarnya dah lama buat pendaftaran secara online untuk anak yang pertama. Mula-mula rasa ingin tukarkan dia dari taska Little Caliph ke Pra-sekolah di SK Putrajaya 11 (3). Lain ibu-bapa lain pendapatnya. Pada aku, oleh sebab darjah 1 nanti pun akan bersekolah di sekolah yang sama, adalah baiknya jika anak dah biasakan diri dengan suasana sekolah dari peringkat Pra-sekolah. Lagipun lokasi rumah memang dekat. Dalam 5 minit dah boleh sampai. Cuma masalahnya ialah, sesi persekolahan hanya bermula dari pukul 7 pagi hingga 12 tengahari.  Bermakna ibu dan ayah kena ambil anak-anak paling lewat jam 12.15 tengahari.  Huh, itu cabaran yang paling utama. Rehat kakitangan kerajaan pun dari jam 1 hingga 2 petang.  Maybe boleh request adjust dengan bos untuk rehat awal. Nasib isteri kerja di Putrajaya. Mungkin boleh ambil anak lepas tamat sesi.  Masalah kedua adalah penjaga selepas waktu sekolah.  Sekarang ni, di tadika swasta ada sesi day care. Dalam jam 5 boleh pick up ambil. Lepas waktu kerja.  Kalau jam 12.15 tengahari paling lewat kena ambil, memang nak kena adjust balik rutin seharian. Lepas dah amik, takkan anak nak kena tinggal sorang-sorang kat rumah. Itu lagi satu masalah.

Sekarang ni ada pengasuh a.k.a pembantu rumah memang banyak membantu. Alhamdulillah. Anak yang kecil memang terjaga dengan baik. Kalaulah pembantu rumah taknak teruskan kerja itu yang jadi masalahnya nanti. Akak balik tiada siapa nak jaga, adik dah nak kena hantar kat pengasuh. Huh....Cabaran besar tu. Rasa hati memang lebih berat ke pra sekolah kerajaan sebab cikgu yang mengajarnya ada kelulusan ijazah katanya. Tapi itu subjektif, ada cikgu yang lulusan diploma tapi sangat bagus dalam bimbingan kanak-kanak. Soal kelayakan memang aku tak kisah sangat. Tapi kalau ada cikgu yang berkelulusan ijazah dan bagus mengajar, apa salahnya? Belum cuba lagi tak tahu.  Rasa aku masalah ini ramai yang mengalaminya.  Especially untuk orang-orang yang sebaya dengan aku. Barulah sedar betapa banyaknya benda hendak difikir oleh ibu dan ayah.  Barulah sedar yg sebagai anak jika faham akan susahnya ibu dan ayah menguruskan kehidupan sekeluarga pasti tidak akan berkelakuan nakal, menyusahkan atau mengada-ngada.

Apa-apapun, pilihan mesti tetap perlu dibuat. Tadi baru buat pengesahan dengan pihak sekolah. Dimintanya salinan gaji ibu dan ayah.  Tak tahu samaada anak yang sulung dapat berpindah ke sekolah baru atau tidak sebab keutamaan akan diberikan kepada ibu bapa yang punya pendapatan sekeluarga yang paling rendah dahulu.  Jika masih ada kekosongan, barulah ditawarkan kepada anak-anak yang lain. Hmm...memang dalam dilema juga sebenarnya. Kalau pembaca ada cadangan? Boleh la kot bantu saya buat keputusan. :)

No comments:

Post a Comment