Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

(Tips) Sayangkan Diri dan Ahli Keluarga Anda? Elakkan Ignorance Selepas Baca Cara Mudah Ini

Assalammualaikum wbt. Sedarkah kita bahawa sikap tidak ambil endah atau enteng  bakal menjadi punca kita dan ahli keluarga dimasukkan ke hospital? Persoalannya? Sikap tidak ambil endah yang bagaimana dimaksudkan? Yup, sikap tidak ambil kisah dan peduli tentang cara bagaimana kita menguruskan ubat-ubatan yang perlu kita ambil atau ahli keluarga. Sebagai manusia pastinya kita akan mengalami satu fasa dimana diri kita jatuh sakit atau tidak sihat. Ia mungkin berpunca daripada diri kita sendiri dalam erti kata lain berpunca dari perubahan proses biologi fizikal yang tidak normal ataupun ianya mungkin berpunca daripada persekitaran dan faktor sosial disekeliling kita.
Bagaimana ianya boleh terjadi?  Terdapat 2 teori berkenaan penyakit yang telah dipersetujui oleh ahli akademik dan pengamal perubatan iaitu dari perspekstif model perubatan (Medical Model) dan dari perspektif sosial (Social Model).

Namun apa yang saya hendak kongsikan disini adalah langkah mudah yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan kita menjadi angka statistik kesalahan atau kesilapan ubat-ubatan. Mengikut statistik dan kajian yang dilakukan oleh salah sebuah instutusi kawalan keselamatan ubat-ubatan di United States, didapati terdapat pelbagai kesilapan yang berlaku sewaktu menguruskan administrasi ubat-ubatan.  Puncanya bermula daripada seawal kita bertemu dengan pengamal perubatan sehinggalah kita makan atau guna ubat-ubatan tersebut. Pendek kata kesilapan boleh berlaku daripada peringkat pengamal perubatan (doktor, staf nurse, ahli farmasi, pesakit atau ahli keluarga yang menjaga pesakit itu sendiri). Lihat, sebarang kesilapan yang mungkin berlaku disemua peringkat bakal menyebabkan kita samada bertambah pulih dan baik ataupun mengalami komlikasi kesan sampingan ubat-ubatan yang seterusnya menambahkan masa lagi ditahan di wad-wad atau terpaksa menerima rawatan berterusan.
Credit kepada Pennsylvania Patient Safety Advisory
 5 Langkah yang saya hendak kongsikan adalah yang diadaptasi daripada risalah informasi edaran Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.  Sebagai seorang ahli farmasi, saya rasa saya bertanggungjawab untuk sedikit sebanyak menyedarkan orang ramai akan kewajiban mencari informasi yang tepat dan mengamalkannya sesuai dengan Evidence Based Medicine dalam erti kata mudah, mengamalkan mengikut norma atau kaedah yang telah dibuktikan keberkesanannya melalui kajian klinikal ataupun sosial.

Apa yang perlu kita lakukan? Cuba lihat poster ini.

Penerangan ringkas.

1. Pengguna ubat yang betul.
Kita sebagai pesakit hendaklah peka tentang ubat-ubatan yang diterima. Sekiranya boleh, kita perlulah membantu penyedia perkhidmatan kesihatan membantu kita untuk bekalkan ubat-ubatan dengan tepat iaitu ubat-ubatan yang telah dipreskrip oleh doktor kepada kita. Maklumlah, kadang-kala akibat beban kerja yang saban meningkat, kesilapan mungkin boleh terjadi. Bagaimana kita boleh bantu? Mudah sahaja, sebagai pesakit yang berjumpa doktor, kita pastinya telah dinasihatkan atau diberitahu ubat-ubatan apa yang akan diberikan.  Sejurus sampai ke kaunter farmasi, pastikan label ubat adalah untuk kita, dan mohon ahli farmasi yang mendispens menerangkan setiap jenis ubat dan indikasinya. Kalau boleh, tanyakan kesan sampingan akibat pengambilan ubat-ubatan tersebut sekali. Sekiranya kita sudah biasa dengan ubat-ubatan kita dan tiada pengurangan atau penambahan jumlah dos, mungkin kita boleh mohon ahli farmasi skip tentang cara makan atau guna dan gantikannya dengan memohon informasi seperti interaksi ubat-ubatan yang mungkin ada sekiranya ubat-ubatan yang perlu kita ambil lebih dari 2 (Kebiasaannya untuk warga emas). Ianya lebih baik dari mendengar 'ubat ini 2 biji makan 3 kali sehari' dan bla bla bla.  Selepas meninggalkan kaunter terus lupa.

2. Ubat yang betul.
Biasanya kita perlu pastikan ubat-ubatan yang perlu kita terima adalah yang hanya untuk indikasi penyakit yang sedang kita alami. Sebagai contoh, sekiranya kita tidak batuk, kita tidak perlukan ubat batuk. Ianya terang-terangan satu kesilapan ataupun pembaziran. Pesakit pula jangan pula memandai-mandai memohon tambahan ubat di kaunter farmasi tanpa dapat clearance dari doktor. Bukannya apa, risau dan takut sekiranya terdapat interaksi ubat-ubatan yang seharusnya tidak patut terjadi. Daripada boleh cepat sembuh, jadi lambat pula. Jangan ya.

3. Dos yang betul.
Ramai pesakit (kebiasaannya warga emas) yang saya pernah kaunseling, bila kita mohon pesakit terangkan bagaimana mereka mengambil ubat, ada yang pilih jalan short cut, instead of makan 2 biji 2 kali sehari dalam tempoh masa yang berasingan, mereka ambil 4 biji sekali makan sahaja!!! Dan datang komplen kata tak larat sebab hypoglisemia (kurang gula dalam darah - untuk kes penghidap kensing manis). Perlu diingatkan bahawa sekiranya arahan mengatakan 2 biji 2 kali sehari sebagai contoh, maka jangan memandai ubah atas sebarang alasan seperti malas nak ulang makan atau terlupa mahupun buat-buat lupa. Disini perhatian dan pemantauan penjaga a.k.a anak atau pengasuh perlu lebih-lebih lagi untuk mereka yang sudah bergelar warga emas.

4. Cara pengambilan yang betul. Pernah baca lawak-lawak di bawah? Ini salah satu contoh pengambilan yang salah. Ianya boleh menjejaskan tahap kesihatan pesakit sebenarnya :)

A pharmacist looks out the front of the store and sees a woman holding a bottle jumping up and down in the parking lot. The pharmacist walks out to the parking lot and asks the woman whats the matter. She replies " I saw it said 'Shake Well' after I took it".


Customer gets a topical cream. Direction: apply locally two times a day.

Customer says to the pharmacist: "I can't apply locally, I'm going overseas." 

5. Masa yang betul.
Seperti mana point 3, masa memainkan fungsi yang amat penting. Setiap ubat yang dicipta telah dibuat kajian terhadap keberkesanannya sebelum ianya dinyahkan oleh proses eliminasi dalam tubuh manusia melalui organ seperti hati dan buah pinggang. Selepas eliminasi ini berlaku, maka tiada lagi atau berkurangan kesan ubat yang diperlukan. Itu sebabnya, ada ubat dicipta untuk dimakan 2 kali, 3 kali ataupun hanya sekali. Ianya mengikut teknologi ciptaan dan kajian compatibility bahan-bahan ubat tersebut. 


Oleh yang demikian, dengan hanya melakukan 5 langkah ini. Kita mampu untuk mengubah taraf kesihatan kita dan ahli keluarga. 

No comments:

Post a Comment