Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

(Tips-sharing) Cara Mudah Untuk Tahu Berapa Dividen Anda di Koperasi Tentera

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. Rasanya semua sudah maklum tentang peratus pembayaran dividen Koperasi Angkatan Tentera untuk tahun 2013. Yup, sebanyak 12% dividen telah diputuskan untuk diberikan kepada pencarum yang terdiri daripada anggota tentera. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat juga membantu persiapan anggota tentera dalam meraikan sambutan aidil fitri yang akan datang.
Klik Imej untuk gambar yang lebih jelas


Sebenarnya pihak pengurusan Koperasi Tentera ada menyediakan perkhidmatan pemberitahuan status baki caruman, hutang, jumlah dividen dan sebagainya hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Seperti yang aku selalu buat, bilamana hendak semak jumlah baki simpanan dan dividen, aku akan hanya SMS kepada nombor 39777 dengan menaip kod yang tertentu. Jika anda seorang anggota tentera, tidak perlu lagi untuk ke Koperasi Tentera sekiranya hanya ingin menyemak jumlah baki simpanan dan hutang, anda hanya boleh gunakan khidmat SMS ini. Caranya mudah seperti yang terdapat dalam gambarajah dibawah:


Klik imej untuk gambar yang lebih jelas
Anda hendaklah mendaftarkan no telefon bimbit anda dahulu. Sekiranya anda selalu tukar nombor, ada cara pembatalan nombor yang lama dan digantikan dengan nombor yang baru. Selepas anda sudag mendaftar, anda bolehlah semak baki hutang, simpanan dan dividen anda hanya melalui telefon bimbit. Mudah bukan? So, jangan buang masa anda lagi di Koperasi Tentera tapi sekiranya anda ingin buat pengeluaran, maka terpaksalah kesana juga. hehehe.... Semoga dapat membantu.

p/s: Info lebih lanjut sila layari website INI.
p/s/s: Kredit pic to Koperasi Tentera.

3 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Bagaimana cara dan nak semak no Ahli yang terlupa...
    Tolong...
    Terimakasih didahulukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa lama xamik taw...sape2 tlong bg taw jap nk cek jgk...kikiki

      Delete