Pages

agoda.com INT Lazada MY

At least bacalah surat khabar!

Tadi berkesempatan bersolat Jumaat di Masjid Putra. Sejak bercuti belajar ni, memang selalu bersolat Jumaat di antara 2 masjid utama di Putrajaya ni iaitu Masjid Besi dan Masjid Putra.  Sebabkan Masjid Putra ni ber'air-cond', so agak selesa bersolat disini. Just masalah parking saja yang boring nak di difikirkan. Masjid Besi pula ada parking dalam bangunan. So, redup sikit. Cuma sejak 2-3 kali Jumaat ni lebih memilih Masjid Putra. 

Alhamdulillah, hari ni sangat cerah, cantik. Menaikkan lagi seri suasana Putrajaya. Nampak pelbagai warna. Hijau pokok, Biru Langit, Dan Putih Awan. Subhanallah.

Nak dijadikan cerita, lepas habis solat sunat rawatib selepas Solat Jumaat, hendak terus ke rak kasut. Tapi terperasan ramai orang tengah kerumun kat satu kawasan. Alah, biasalah...mesti ada orang kenamaan kat situ. Memang tak syak lagi, rupa-rupanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Wahid dan Dato Seri Jamil Khir serta Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Zahid Hamidi.

Maka, ramailah yang nak berselfie dan bersalam. Aku lihat dari jauh je. Ada jugak rasa hati nak bersalam. Nak berselfie mungkin tidak sebab handphone cokia aku ni selalu cepat hang. Hahaha..lagipun aku tgk Dato Zahid Hamidi tu penuh dengan bodyguard dia. Sebenarnya, aku selalu jer buat program kat kawasan Parlimen Bagan Datoh yang merupakan kawasan Dato Seri Zahid Hamidi sewaktu beliau Menteri Pertahanan. Pernahla jumpa in person. Dato Jamil Khir pula dah pernah jumpa sewaktu di Makkah, semasa beliau datang ziarah maktab kami di hotel kami menginap pada musim haji tahun lepas. So, takdela rasa kemaruk juga. Cuma Dato Wahid yang org kata ex CEO Maybank kot yang aku tak berapa nak kenal in person.

Dalam aku dok perhatikan gelagat mereka dan orang-orang yang nak berselfie tu, terdengar perbualan 2 orang kat belakang aku...aku toleh belakang nampak gaya macam penjawat awam siap berkemeja dan berseluar slack tapi mungkin jangkaan aku salah.

'Wei, saper tuh? Ramai gila orang nak pergi berselfie dengan dia?'
'Mana aku kenal bro, ko gi la tanya dia siapa dia?'

Hahaha....nak tergelak aku dengar. Last-last aku yang bgtau kat diorang siapa diorang tu. Diorang memang kakitangan awam, cuma di kementerian lain. Dalam hati aku, tolonglah baca surat khabar adik oiiiii......malu je kakitangan awam tapi tak kenal menteri. Bukan nak suruh agungkan menteri tu, cuma at least tau la siapa menteri dalam kabinet kerajaan kita.

Tamat cerita. :)

9 comments:

  1. lawak pun ada kalau tak kenal menteri2 tu. haha

    owh, admin dah pergi hai tahun lepas ya... seronoknya.

    sy dan suami bakal pergi tahun ini insyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, semoga dapat haji yg mabrur. Bergembiralah bila disana. Hati akan tenang setenang tenangnya. Amin

      Delete
  2. tak ikut perkembangan langsung agaknya...heee.
    diaorang dah terkena dengan bro lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula. mcm mana kakitangan awam nak berkhidmat dgn baik kalau attitude ambil mudah dah jadi darah daging

      Delete
  3. memang hari-hari gua baca.

    kalau tak baca..rasa kurang something je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least baca sport pun ok memandangkan yg page depan byk bias. ahaks

      Delete
  4. hehe..kelakar pun ada. lain la kalau menteri yang tak famous..

    ReplyDelete
  5. Hehe..tu la..tapi saya pun memang tak kenal semuanya menteri..kenal yang famous dan kenal yang selalu masuk TV aje,.haha

    ReplyDelete