Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Boleh ke capai target 1000 pageviews sehari?

Blog ini bukanlah superblog yang dapat menarik trafik yang mencanak-canak. Jauh sekali. Jauh panggang dari api. Tapi kebelakangan ini, aku tengok trafik makin banyak pula. Purata dulu dalam sekitar 300 pageviews paling banyak sehari. Namun, aku tengok ada hari-hari tertentu yang pageviews cecah 700. Wow, aku tengok graf trafik tu pun macam teruja. Bukan biasa dapat trafik macam tu. Dan antara artikel yang selalu mereka baca ialah Bank Mana Yang Bagi Loan Senang?.

Ahaha..agaknya memang ramai orang memerlukan bantuan pinjaman atas desakan hidup sekarang. Apa-apapun, all the best. Aku hanya kongsikan pengalaman aku saja. Bukan bermakna aku arif dalam selok belok pinjaman bank Malaysia. Bahkan aku ni kategori yang bank susah nak bagi pinjaman. Sebab askar. Kesian betul nasib aku ni. 

Berbalik kepada trafik yang tiba-tiba ada naik sikit tu, aku rasa sebab artikel-artikel yang aku pernah tulis mula mendapat tempat dalam enjin pencarian. Yerla, semakin banyak artikel yang ditulis, semakin banyak peluang trafik mungkin ke blog kita. Tapi perlu jangan berhenti menulis. Tak kisah la kot nak sembang, nak bohong pasal apa. Pasti akan ada je yang nak baca. Huhu....

Aku harap, trafik aku mula stabil dan averagenya boleh ditinggikan dari masa ke semasa. Seronok gak bila kita buat eksperimen dalam blog ni. At least ada nampak hasilnya. Walaupun masih jauh dengan blogger otai lain. Tapi siapa kisah? Teruskan je la berblog. Free je kot. Unless terfikir nak ada domain n hosting sendiri. Buat masa sekarang ni, rasanya tak kot...

1 comment:

  1. Keep up admin...saya pun sama dlu mcam admin..lani okey dh...lokmanamirul.blogspot.com

    ReplyDelete