Pages

agoda.com INT Lazada MY

(Entah Betul Entah Tidak) Potong Astro Dapat 22 Channel Njoi Percuma

Assalammualaikum WBT. Baru je tadi lepas kol bahagian perkhidmatan pelanggan Astro untuk terminate langganan Astro aku sekeluarga. Hasrat nak potong ni bukanlah sebab kempen boikot barangan atau perkhidmatan yang ada kena mengena dengan Israel. Ianya lebih kepada readjust balik komitmen bulanan untuk entertainment kami sekeluarga. Sebenarnya, 2 bulan lepas aku telah subscribe Unifi untuk menggantikan P1Wimax yang teramatlah sucks kat Putrajaya ni. Banyak kali dah bersabar dengan pihak P1. Sebabkan dah tak tahan aku terus pergi wakil TM di Alamanda dan subcribe Unifi. Komitmen bulanan dalam RM 199 plus ada channel dari HyppTV. Banyak juga channelnya tapi macam biasa tak tertengok pun semua. 


So, atas sebab komitmen baru bernilai hampir RM 200 ditambah dengan komitmen Astro dalam RM 101.70 termasuk cukai kerajaan, maka aku discuss dengan wife untuk terminate salah satu. Astro ni aku suka sebab channel sukan je. Yang lain aku tak berapa tengok sangat. Kalau aku tak tengok sukan, anak aku akan tengok kartun Disney dia tu. Jadinya sewaktu kol wakil khidmat pelanggan Astro tu, aku disapa dengan intonasi yang agak berhemah sehinggalah aku suarakan yang aku nak terminate langganan Astro tu.  Mungkin sebelum ni diorang agak tertekan dengan kempen boikot Astro yang bersangkutan dengan something related dengan AMDOCS which is aku pun tak pasti, terus suara budak tu jadi lain semacam aku pulak yang nak dimarahnya. 

Sahabat aku yang buat pemotongan disebabkan kempen boikot memang ramai. Malah bluntly stated reason ingin potong sebab nak boikot kat pegawai khidmat pelanggan Astro.  Aku takdelah sampai hati nak buat macam tu. Pada aku hak boikot tu hak individu. Boleh buat tapi lakukan secara berhemah dan bukan emosional. Seperti kes McD kat Dungun yang kene harrass dengan para pemboikot. For what? Bukannya ada orang Yahudi Zionis dalam tu pun, yang ada maybe Chinese and Indian yang nak breakfast or makan lunch. Malu la sket. Ok, malas nak ulas hal tu panjang-panjang.

Aku bagitau reason aku kat pegawai khidmat pelanggan Astro tu yang aku nak terminate sebab aku dah ada HyppTV sebab Unifi. Rasanya tak perlu lagi channel banyak-banyak sebab tak tengok pun. Yang tengok sure bibik aku kat umah. Sambil jaga baby aku sambil tu dia duk layan citer Indon. Aku ni yang keje 8 pagi 5 petang mananya nak tegok pun. Agak tak berbaloi sebab bayar RM 101.70 sebulan just nak tengok bola Barclay Premier League tu je.  Budak astro tu pun try la adjust dengan aku yang suruh aku downgrade package. Aku bagitau yang kalau boleh aku nak channel sukan je. Aku sebenarnya taknak channel lain. HyppTV memang ada channel sukan cuma sukannya takdela Live macam Astro. Cuma yang bagus HyppTV ni HD quality. 

Last, dia tawarkan channel basic plus sukan at a cost of RM80+...suruh aku fikir dua kali. Bila aku tau saje harga yang dioffer macam tu baik tak payah and aku request proceed potong je. Setel. 5/9 nanti dah takde Disney, AXN and Sport Channel. Tapi, jika aku nak kekalkan decoder tu dan taknak pulangkan, diorang akan convert channel Astro kepada Njoi yang diorang claim adalah percuma cuma bayar yuran pasang dalam RM 300+ dan ada 22 channels...cuma aku kena bagitau diorang semula bila Astro aku betul-betul dah ditamatkan 5/9 nanti.......What!! lagi bagus macam tu. Memang bagusla terminate Astro. Dapat Njoi. Aku pun tak tahu macam mana Njoi ni dan apa chanel-chanelnya, yang pasti mesti chanel ntah pape yang banyak. Tapi xpe, as long percuma aku on je..Nanti bila dah ada Njoi tu aku citerkan nanti...Kita tengok macam mana....  Yerla, takdela rasa bersalah sumbangkan duit kepada Yahudi Zionis ke ape...

So, JOM POTONG ASTRO DAN KITA NJOi!!!! :P . TAPI AKU RASA AKU PUN MALAS LAYAN NJOI NI. HAHAHA..Buat abis duit je.


8 comments:

  1. bagusnya Njois tu sekali bayar je kan, takde komitment bulanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sape nak beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD....
      Harga murah kasi.
      Boleh pos@COD di Sunway,PJ.
      Jika nak langgan MYIPTV, HDTV, HUAT88TV, CLINE/ CCCAM....
      Whatsapp sy 013-3332502

      Delete
  2. Sya pun dalam perancangan nak pasang njoi..huhu..tgh simpan modal haaa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xyah la bro, aku tgk channel2 yg dia offer semua kelaut. haha

      Delete
  3. dlu tukar rm99 je skali byr sbb dekoder dah ada utk downgred ke Njoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh..murahnya dulu. sekarang dah naik la ni. ker runner amik untung lebih..huh

      Delete
  4. Memang sekali bayar tapi cuma rancangan/siaran biasa-biasa saja...itu pilihan masing-masing.

    ReplyDelete
  5. Sape nak beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD....
    Harga murah kasi.
    Boleh pos@COD di Sunway,PJ.
    Jika nak langgan MYIPTV, HDTV, HUAT88TV, CLINE/ CCCAM....
    Whatsapp sy 013-3332502

    ReplyDelete