Pages

agoda.com INT Lazada MY

It is time to rock n roll baby! (baca sampai bawah)

Kejohanan Badminton Tertutup Putrajaya 2014 akan bermula hari ini. Aku masih menantikan partner aku yang baru balik dari Sabah semalam. Harap dia tak Jetlag. Tangan kanan aku sebenarnya masih lagi sengal. Tapi itu bukan alasan untuk tak perform ini malam. Haha.. Syukur sebab ada banyak aktiviti yang boleh dibuat di Putrajaya ni. Asalkan ada kawan, memang menggembirakan. Kalau takde pun, boleh juga gembirakan hati berjogging di taman-taman yang cantik sekitar Putrajaya ni. Huhu... Harapnya bolehlah bagi saingan kat peserta lain. Target kejohanan? Takde target sebenarnya. Hanya untuk suka-suka sahaja. Tak nak pressurekan diri.. Ia ker? Nanti main sure nak menang kan..haha...

Nanti 24/8 dengan jayanya akan mulakan langkah larian dalam Mizuno Run di Putrajaya. Berat badan pun dah main naik. Nak harapkan effect dari puasa 6 pun belum nampak lagi. Rasanya takdela banyak mana pun boleh turun. Tapi aku tengok ada kawan kat opis dulu selalu buat puasa sunat Isnin Khamis secara istiqamah. Maintain. Terasa nak buat juga n try letakkan target untuk buat puasa sunat Isnin Khamis secara konsisten. Yerla, bukan sebab nak jaga berat ideal. Buat sebab nak gembirakan Allah SWT. Kata ulama, ibadah puasa ini hanya untuk Allah jika kita buat secara ikhlas. Sebabnya, Tiada siapa tahu yang kita ni benar-benar berpuasa atau sebaliknya. Kebaikan puasa juga dah banyak kali cerdik pandai bincangkan. Ada yang kata ia sebagai cara detox diri sendiri. Jika kita fikir logik memang ada kebenarannya. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang penyakit itu berpunca daripada perut. 

So, apa maknanya tu? Jika perut kita asyik bekerja sebab nak cerna makanan yg kita makan, maka penatla dia. Bila usia kita semakin dewasa dan beban kerja perut makin bertambah dan ditambahkan lagi, risau dia tak dapat berfungsi dengan baik lantas bahan yang sepatutnya dinyahkan dari badan melalui proses eliminasi seperti kencing, berak dan berpeluh tak dapat dilakukan. Maka, makin banyaklah toksik terkumpul dalam badan kita. 

So, ini adalah challenge untuk diri aku yang tak pernah istiqamah puasa sunat Isnin Khamis. Aku azam nak try lakukan. Lagipun banyak sudah puasa yang aku tinggalkan waktu usia muda dulu. Ahaks, so kawan-kawan yang sama pengalaman macam aku, apa kata kita istiqamah untuk puasa sunat Isnin Khamis. Kita cuba ya :)

Cuba ambil iktibar dari kisah ini.

Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai puasa pada hari Isnin. Jawab Baginda SAW:

'Pada hari tersebut, aku dilahirkan dan padanya diturunkan (wahyu) kepadaku'

Aisyah r.ha. berkata: 'Nabi SAW sentiasa mencari puasa pada hari Isnin dan Khamis.'

Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya;

'Segala amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis. Aku suka dibentangkan amalanku dalam keadaan aku sedang berpuasa'

Semoga kita dapat melakukannya. Azam untuk cuba hidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Kisah dan iktibar ini dipetik daripada buku bertajuk 'Nikmatnya Berpuasa: Tujuan Pensyariatan Puasa' karangan Imam Izzuddin bin Abd Aziz bin Abd Salam As-Sulaimi keluaran Telaga Biru.


2 comments:

  1. Huhu..saya pulak dulu memang pandai simpan angan-angan jer nak puasa isnin dan khamis secara konsisten..tapi bila try sari, memang kalah teruk ha..tewas dengan dugaan dan nafsu diri sendiri..huhu...sekarang, lepas puasa berat badan pun dah naik juga..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula, boleh try. Istiqamah yg paling payah tu

      Delete