Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Jangan tak pergi tau!

Bila dah dewasa dah bergelar ayah ni, ada satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Bukan hanya pandai 'buat anak', namun the trill is more on how to raise them accordingly. Nampak tak? Bila masuk fasa ini je, terus terasa 'beban' menjadi ibu-bapa. Yup beban yang boleh ditukar menjadi pahala ataupun dosa. Rasa gembira atau rasa bersalah.

Antara tanggungjawab yang perlu kita buat memang banyak. Salah satunya nak cari masa spend masa dengan mereka. Aku ni bukanlah usahawan berjaya yang semua urusan bisness aku staff buatkan. Aku hanya kuli kepada rakyat marhaen Malaysia. Yang struggle untuk berikan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik untuk mereka. Sebab rakyat marhaen itu dulu yang membiayai yuran pengajian aku.

Isteri: 'Abang, jangan lupa Sabtu ini Aliya ada sukan tadika. Jangan tak pergi tau'

Aiseh, terpaksalah ko lupakan aktiviti yang dah kau plan untuk diri sendiri semata-mata nak menghadiri hari sukan anak. Nampak, berkorban adalah istilahnya. Dah takde lagi nak jaga kepentingan diri sendiri. Semuanya perlu diteliti dan keperluan anak perlu seboleh mungkin didahului.

Namun, semua rasa berat dan malas ada balasannya.

Balasannya: Senyuman paling manis anak kita apabila dia dapat melihat ibu dan ayahnya hadir memberikan sokongan (sambil melambai). Waktu tu, tiada ucapan yang lebih mulia daripada ucapan 'Alhamdulillah' memanjatkan puji-pujian kepada Allah kerana berikan peluang untuk kita rasa nikmat menjadi ibu-bapa.

Keep Calm and be Good Parents. :)

2 comments:

  1. Hehe..tapi part ni kadang2 tu buat kita rasa bahagia dan gembira dengan kewujudan anak-anak itu sendiri..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang buatkan kita lebih rasa bersyukur tu

      Delete