Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Kontroversi Logo Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia

Salam, atmosfera alam blog seakan sunyi sepi tanpa komen dan teguran perihal logo sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke 57 pada 31 Ogos akan datang. Tak macam sambutan ulang tahun ke 55 yang rata-rata blogger terutamanya yang pro pembangkang 'bengkeng' habis pemilihan logo untuk sambutan pada tahun tersebut. Namun, memang betul juga apa yang ditegur tu, logo pada sambutan kali ke 55 memang nampak tidak 'up to the standard'. Bagai-bagai kritikan yang diberikan. Ada yang kata logo tersebut


1. Logo copy paste, logo nak kejar dateline sebab masa tak sempat, dan juga logo re-cycle.
2. Logo golongan pereka amatur dan budak sekolah pun boleh buat. <----Ini memang lawak.
3. Logo yang tiada kesungguhan untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan.
4. Macam-macam lagi.

Cuba kita kenang kembali bagaimana logo sambutan hari kemerdekaan kali ke 55 tu. Sumpah, aku pun malu nak tampal kat kereta aku kalau dapat free car sticker dia. Hehe..
Sumber
 Tapi tahun ni sambutan hari ulang tahun kemerdekaan agak sedikit suram maybe sebab nak mengingati tragedi malang pesawat MH 17 dan MH 370. Dalam suasana bermuram tu, ramai yang tak ambil peduli kot pasal logo-logo ni semua. Asal ada dan cukup buat syarat sudah memadai. Serius, kalau diletakkan hasil rekaan pereka professional sebelah menyebelah, memang aku tak tahu nak pilih yang mana. Ini pendapat aku kalau aku jadi pengerusi jawatankuasa pemilihan logo ni la yang selalu diadakan peraduan.
Sumber
Aku memang respek hasil kreativiti individu yang boleh menterjemahkan imiginasi menjadi suatu realiti, bermaksud dan abstrak. Tabik buat korang. Bukanlah aku bias sebab aku memang dilahirkan tidak kreatif menjadikan aku mudah jatuh hati pada benda-benda yang cantik seperti lukisan kreatif. Tapi memang ya, agak sukar buat aku untuk buat keputusan. Jikalau aku seorang yang dilahirkan kreatif dan berlatarbekalang pendidikan seni kreatif, mungkin aku boleh komen, pilih dan kritik based on technical aspek dan kesukaran untuk mereka cipta sesuatu hasil kreatif itu.

Whatever it is, intipati dalam menghayati erti sebuah kemerdekaan bukan hanya sekadar diterjemahkan kepada dalam bentuk logo yang ramai rakyat Malaysia boleh banggakan bahkan ianya lebih dari sekadar itu.  Sebagai contoh, kita perlu menghayati perit jerih pejuang-pejuang kemerdekaan waktu dahulu ketikamana mereka cuba membanteras anasir komunis dan penjajahan. Dan yang paling utama, bagaimana kita boleh terus mengekalkan keharmonian negara ini atas landasan kesefahaman dan saling hormat menghormati sesama kita agar kemerdekaan yang kita nikmati ini boleh diwariskan kepada generasi akan datang.

Adakah kita mahu peristiwa berdarah seperti rusuhan kaum dan ketidakstabilan sosial dan ekonomi melanda dan berulang kembali. Mungkin persoalan ini agak berat untuk difikirkan. Tapi ianya penting supaya kelangsungan kemerdekaan ini boleh dirasai oleh anak-anak dan generasi akan datang.

Fikir-fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment