Pages

agoda.com INT Lazada MY

Mesej kepada SCAM MLM.

Aish, ni memang masalah. Asal jumpa member lama je semua mula keluar ayat manis untuk join depa satu syarikat MLM ni. Penat layan mereka ni sebenarnya tapi sebabkan diorang ni kawan maka terpaksa layan jerla. Dalam kita layan diorang ni pulak, sempat lagi nak ambil kesempatan dan provok untuk join syarikat 'pelaburan' diorang walalupun dari awal perbualan dah bagitau yang aku tak berminat. Just sembang kosong, chit chat and catch up cerita terkini boleh. Tapi kalau nak suruh melabur dalam RM puluhan ribu. The answer is BIG NO.

Kadang-kadang kita lupa yang kita ini ada akhlak yang perlu dijaga, ada batas dan sempadan yang perlu kita rasa sensitif. Jika tiada akhlak dan sempadan untuk kita rasa sensitif, risau nanti kita boleh mengguris dan melukakan tali persahabatan yang telah terjalin sejak dulu. Kita sudah cakap kita tak berminat, so from the beginning kenalah hormat dengan pendirian kita. Jangan lah ko gasak sampai menampakkan ko sangap duit aku. Bukan duit aku pun, duit bank tapi yang bayarnya aku. Ko tak rasa kejam ke kat kawan ko yang SETUJU semata-mata malas dah nak layan ko.

Bikin hati panas betul.

Kalaupun ko dah tengok citer Wolf of Wall Street, tak perlulah korang golongan budak-budak MLM ni nak apply teknik NEVER SURRENDER dan NEVER TAKE 'NO' FOR AN ANSWER. What kind of people korang ni aku pun tak tau. Itu sebab bila nak melabur kena study betul-betul, jangan bila nanti dah terasa diri terjerat, ko pulak nak jerat orang lain dengan alasan untuk 'BANTU' kewangan diorang, sebenarnya korang nak bantu kewangan korang je. 

Yes! Aku faham memang ada syarikat MLM yang jalankan modus operandinya secara baik dan telus. Yang mengutamakan produk lebih dari side income daripada application member (head hunting). Tapi sebab sikap tamak nak kaya cepat inilah yang banyak menyumbang kepada kejatuhan institusi rakan, keluarga bahkan suami isteri. Sedar tak sedar korang dah terjebak dalam lubuk yang paling dalam. Macam lagu Awie tu. 

So, peringatan kepada member-member aku yang memang sudah berjaya dengan kekayaan dunia ini, jika nak jumpa aku jangan sesekali cuba promote benda-benda yang memang aku anti sejak dari dulu. Apa tu? SCAM MLM. 

Dah itu je nak aku luahkan. Sabor je la.

2 comments:

  1. gua dah tak layan dah MLM atau mana-mana program yang ada ciri-ciri MLM..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik sgt la tu. susah nak dpt MLM yg baik

      Delete