Pages

agoda.com INT Lazada MY

(Refleks Diri) Bantuan Kewangan Daripada Organisasi Kristian

Salah satu entri aku yang banyak kali orang baca dan komen adalah berkenaan dengan Bank Mana Yang Bagi Loan Senang?.. Banyak juga yang bertanyakan pandangan dan ada yang mohon pertolongan untuk diberikan contact number banker yang pernah aku berurusan.  Daripada komen dan maklumbalas dalam kotak inbox comment entri tersebut aku boleh buat hypotesis yang rakyat Malaysia memang dalam keadaan terdesak.  Terdesak untuk bantu pulihkan ekonomi diri dan keluarga.  Jujur, aku tak boleh tolong mereka yang berterusan komen di inbox tersebut. Aku bukan banker atau jutawan yang mampu hulurkan bantuan sedikit agar mereka tak rasa kesesakan keadaan di Malaysia sekarang.
Klik gambar untuk pembesaran

Namun, yang aku terkejut dalam puluhan komen ialah ratusan spam comment yang antaranya menawarkan pembiayaian hatta diri kita pernah bankrup atau punya masalah dengan institusi kewangan.  Jika dilihat dari komen tersebut bagaikan semuanya berasal dari Indonesia. Hampir semuanya daripada komen tersebut menggunakan bahasa Indonesia. Tapi ada satu spam ini yang datangnya daripada institusi keagamaan Kristian yang willing untuk membantu. Aha, disinilah cabarannya. Apabila keadaan semakin menyesakkan dan tiada tempat untuk memohon pertolongan, kemungkinan ada diantara kita yang beragama Islam akan resort kepada bantuan daripada pertubuhan Kristian tersebut.  Walaupun spam ini boleh untuk kita tidak percaya, tapi ia memberikan gambaran akan wujudnya entiti seperti ini yang membantu sambil berdakwah.

Tetiba teringat peristiwa bersama arwah ayah ketika menemai arwah menjalani rawatan radiotherapy untuk penyakit kansernya di sebuah hospital kanser swasta di Pulau Pinang iaitu Mount Miriam Cancer Hospital.  Jika sesiapa yang pernah pergi kesitu tahulah bahawa design hospital itu mirip seperti sebuah gereja. Bahkan, arca Lady Maryam terpacak besar di atas bangunan hospital tersebut. Hendak dijadikan cerita, bila arwah dan aku daftar masuk, arwah diberikan nombor giliran untuk menanti rawatannya.  Sambil menunggu arwah didatangi Sister yang lengkap berpakaian seperti Sister gereja dan menawarkan bantuan kewangan sekiranya  ayah memerlukan. Alhamdulillah, mujur arwah seorang pesara kerajaan dan mendapat jaminan rawatan percuma untuk penyakitnya. Cuma kos logistik kesana dan kesini untuk tujuan rawatan aku dan adik beradik sediakan.

Aku terfikir sejenak, jika aku orang kampung yang susah dan perlukan pertolongan seperti itu, adakah perlu aku ambil. Mungkin boleh selepas usaha memohon di Lembaga Zakat ditolak. Tetapi apakah persepsi aku selepas itu kepada agama anutan aku dan Kristian. Disinilah bahayanya. Kebaikan yang mengharapkan sesuatu. Aku cuba untuk tidak bersangka buruk terhadap mana-mana agama. Cuma aku sedih dan kasihan penganut agama wahyu yang sepatutnya menganuti agama wahyu yang sebenar dan agama wahyu yang sebenar adalah agama Islam. Mereka adalah golongan yang mendapat peringatan daripada Allah SWT pada mulanya namun atas kekhilafan manusia yang hina dan keji, diubahnya kitab-kitab asal mereka dan lahirkan penganut yang tidak tahu hujung pangkal dan hanya beranggapan agama yang dianuti sekarang adalah sebenar-benarnya seperti yang asli.

Sesungguhnya aku amat lemah untuk berdakwah kepada orang-orang kafir agar mereka kembali kepada agama fitrah. Jujur. Setiap kali aku lihat kawan-kawan non muslim aku, aku terasa bersalah. Aku tidak tahu nak mulakan dari mana. Yang paling aku risau nanti di hadapan Allah SWT mereka beralasan bahawa mereka pernah memiliki sahabat muslim namun tidak langsung pernah diajak kepada agama Islam. Ya Allah, ampunilah aku yang lemah lagi hina ini. 

Itulah dugaan yang terjadi di dunia ini.  Kadangkala orang yang terdesak boleh menjualkan iman mereka untuk kesenangan dunia. Ini yang aku risaukan. Hanya sebab tidak cukup wang. Semoga Allah SWT merahmati kita yang beragama Islam dan sentiasa pancarkan sinar hidayah ke dalam benak sanubari kita agar kita dapat menjadi hambanya yang seperti dikehendakiNYA. Amin

9 comments:

  1. Emm semoga kita akan ada kekuatan untuk mengajak mereka ke jalan yang benar..huhu

    ReplyDelete
  2. kunjungan perdana teman,, salam kenal from palembang

    ReplyDelete
  3. Kalaulah Islam di Malaysia macam tu kan senang. Tapi yang sedihnya ramai yang berbangga dengan jumlah kutipan derma dan zakat tapi tak diagihkan pun pada yang memerlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita perlu muhasabah lagi diri kita..hmm

      Delete
  4. Ramai rakyat Malaysia yang beragama Islam mempunyai simpanan yang banyak , tapi berapa ramai yang sanggup untuk mengeluarkan sedikit dari wang yang berjuta tu..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum pd semua..maaf...sy mohon bantuan kewangan utk sara hidup saya serta bantuan kewangan untuk memulakan business nasi lemak utk saraan hidup saya

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum...maaf ya...sy ingin mohon bantuan kewangan dengan segera untuk kelangsungan hidup sy. sy memerlukan bantuan kewangan ini hanya utk membuat pembiayaan komitmen bulanan sy serta modal untuk mulakan perniagaan nasi lemak dan kuih2..mohan bantuan fari semua..terima kasih

    ReplyDelete
  7. Salam Setiap satu.

    i am Mr Paul Williams pinjaman pemberi pinjaman swasta, kami badan swasta memberikan semua jenis pinjaman kepada orang-orang yang kewangan ke bawah dan dalam keperluan bantuan kewangan, kami memberi pinjaman pada kadar yang sangat murah tanpa sebarang tekanan. syarikat kami adalah berdaftar dan mampu memberikan pinjaman kepada individu dan kerjasama badan-badan dalam keadaan yang baik. perkhidmatan kami adalah cepat dan mudah. jika anda berminat untuk mendapatkan pinjaman dari kami sila hubungi kami di email syarikat kami: paulwilliamsfinance@gmail.com

    lawati kami hari ini untuk perkhidmatan yang boleh dipercayai
    Regards
    Mr Paul Williams.
    Email: paulwilliamsfinance@gmail.com
    Hubungi kami sekarang.

    ReplyDelete