Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

[Rekod] Pageviews paling tinggi dalam sehari.

Lega hati hari ni. Baru lepas balik dari uruskan hal biasiswa dan sebagainya tadi. Baru aritu dapat result exam semester 1 Master in Pharmacy Practice, UiTM. Kenalah maklum kepada Mindef dan penaja supaya rekod pengajian di situ boleh di update sentiasa. Sambil-sambil tu boleh juga utarakan masalah biasiswa atau pembayaran yuran yang biasanya ada sedikit masalah dengan pihak UiTM. Walaubagaimanapun, overall semuanya on the right track. Paling on the right track bila dapat tahu nanti akan dapat tunggakan elaun sara diri sewaktu pengajian yang akan dibayar sebanyak RM900/sebulan. Rasanya dah hampir 7 bulan Urusan Gaji Angkatan Tentera lambat bayar. Alhamdulillah, adalah duit extra sket untuk tampung apa-apa yang patut nanti especially fee peguam untuk transfer nama di strata title apartment yang dijual tempoh hari. Itupun tak tahu bila boleh selesai.

Makanya makin lambat la nak dapat habuan besar dari profit jual property tu. But nevertheless, life must goes on. Try untuk solve setiap problem yang ada. Paling penting jangan lupa bergantung harap pada Allah SWT. InsyaAllah dalam masa-masa kita rasa tiada siapa dapat tolong kita, Dia masih ada untuk mendengar doa dan rayuan kita. 

Orait, ni nak citer sket pasal cabaran pageviews untuk blog ni. Macam entri yang INI aku ada pernah bagitau average pageviews blog ni berapa sehari. Memang tak tinggi mana, tapi waktu tengah cuti ni try la apply apa-apa teknik untuk naikkan pageviews blog ni balik. Sebenarnya takde taktik pun, just banyakkan entri, tulis dan terus tulis topik yang rasanya ada relevan untuk orang yang mencari maklumat di enjin carian. Malas nak pikir pasal SEO dan segala macam teknikal skill yang aku rasa mmg aku kena g kursus kalau nak fahamkan. Aku just nak tumpukan pada 'perbanyakkan entri' dahulu. At least 1 artikel sehari tanpa gagal. Kalau boleh write up entri yang banyak orang nak baca. Most probably kena buat kajian sket la untuk entri-entri macam tu.
Lagi sikit nak sampai puncak
Kedua, try nak promote affiliate program yang ada. Mana nak tau kot-kot boleh buat side income. Hehe.. Biasalah blogger rookie mcm aku ni kadangkala try nak merasa nak kejar dateline siapkan advertorial ke atau job yg ada. Just nak pengalaman. Tapi sampai skrg takde rezeki lagi. So, keep on moving saja. Printscreen kat bawah nila pencapaian paling tinggi pageview blog ni dalam sehari sepanjang terwujudnya blog ini. Hahaha.... aku tahu, sangat tak memberangsangkan if nak banding dengan blog sifu yg lain. Tapi target blog ini buat masa sekarang adalah untuk capai 1000 pageviews sehari. Ok lor, buat sorang-sorang. :P

No comments:

Post a Comment