Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Kisah Benar Yang Terjadi Di Makkah

Episod : Kisah Makcik Misteri
Bismillah. Segala apa yang baik ambil sebagai tauladan. Segala yang tak baik buat tak layan k. ;p
2 hari lepas selepas Solat Zohor aku,mak dan adik berjanji untuk makan tghari bersama. Itula hari pertama kami anak beranak berasa pertama kalinya bersama. Kalau tidak mesti dgn rakan-rakan mak atau dgn rakan-rakan aku. Kami berjanji nak ke Masjidil Haram tepat jam 10 pagi dan mak serta adik hanya akan balik selepas solat isyak. Rutin aku pula hanya ke Masjidil Haram solat Subuh jam 3.30 pg dan balik hotel jam 6 pg, pukul 11 jalan semula ke masjid utk Zohor jam 12.15 dan Asar jam 3.30 ptg. Lepas tu aku akan balik mandi dan pergi balik ke sana utk Maghrib jam 6.20 petang dan Isyak 7.30 petang sebelum balik jam 9 mlm. Balik tidur dan ulang semula seperti biasa melainkan jika ada kelas dan ceramah oleh Tabung Haji.
Menu tghari itu agak special iaitu nasi briyani ayam panggang. Ini pertama kali aku makan makanan luar sepanjang berada disini. Kalau tak makan makanan tabung haji yang agak sedap juga. Makanya aku makan dengan selamba nasi briyani yang sebenarnya portion dia untuk 2-3 org. Banyak juga aku makan sampai kenyang tak ingat. Adik comel aku suka usik aku kata dia kalau pak arab tgk aku makan mesti diorang kata 'Aku arab ke Mamat Malaysia tu yang lagi arab dari aku'. Heh..
Sampai waktu Asar kami bersolat dan seperti biasa aku nak lekas balik sebab jarak berjalan kaki dari hotel ke masjid lebih kurang 20-30 minit. Lagi pula waktu tu aku sakit perut nak buang air besar. Makan banyak sangat mungkin ditambah dengan irisan limau kasturi dengan Pepsi besar gedabak. Lagila terasa urgency tu. Dari ruang dalam masjid ke pintu gerbang King Fahd adalah jaraknya 300 meter. Takdela jauh sgt tapi manusia bersesak-sesak nak keluar pd waktu yang sama. Aku berjaya sampai ke pintu gerbang dan buka uncang kasut lantas terus pakai dan melangkah pulang. Namun aku ternampak seorang makcik ni yg aku perasan dari tadi senyum ke arah aku. Aku senyum semula dan ke arah hotel aku sebelum makcik tu datang bertanyakan dimana Bukit Safar?.

Aku jawab ada sebelah dalam masjid makcik. Aku tanya dia asal dari mana dan datang dengan siapa. Dia jawab dia dari Thailand dan datang dengan pakcik. Katanya pakcik tunggu dia di Bukit Safar. Dan dia suruh aku tunjukkan jalan ke sana.
Ah...perut aku dah mula memulas kuat ni. Tapi aku cekalkan hati tahan sebab aku taknak kisah tasbih kayu koka aku terjadi lagi. Aku fikir ini dugaan Allah kat atas aku lagi ni. Aku katakan pada makcik tu yang dia kena ikut langkah aku dan jangan terpisah dengan aku. Sebab aku nak masuk semula ke masjid dan meredah arus. Aku sempat tanya yang dia dah buat tawaf belum. Dia senyum dan kata Alhamdulillah sudah. Pakcik tunggu dia di Bukit Safar. Itu je la yg dia asyik ulang. Gusar jadinya hati aku. Jgn kau histeria dan mengilai kat sini sudah.
Dari kejauhan aku dah nampak manusia mula bertawaf keliling Kaaba makin ramai. Ah sudah, satu-satunya jalan nak ke sana sekarang adalah melalui ruang tawaf di Kaaba dan terus ke susur keluar Masa'a. Aku toleh lihat makcik tu yang memang jernih mukanya yang langsung tak kelihatan resah seperti org kehilangan suami. Waktu tu aku just nak setelkan urusan makcik ini dulu secepat mungkin sebelum bergegas ke hotel utk sudahkan urusan aku. Sebabkan makcik tu dah tawaf aku katakan padanya supaya rapat ngan aku sebab badan aku agak besar dan boleh buka jalan untuk dia yang hanya bersaiz kecil. Dalam hati aku kalau tersentuh pun atau terbatal wuduk pun tak mengapa sebab saie tak diwajibkan berwuduk seperti tawaf.
Makcik sedia ye. Jom ikut saya. Satu persatu badan manusia aku elak, aku tolak sedikit aku buka jalan hendak ke Kaaba. Sesekali aku toleh belakang, makcik tu terus senyum. Dalam hati aku terdetik siapa sebenarnya makcik ni?. Sampai hampir ke Kaaba makcik tu tanya aku dalam loghat Kelantan dia, itu orang tawaf kan nak. Aku angguk sambil aku cakap ini satu-satunya jalan nak ke Bukit Safar. Aku tak puas hati sebabkan dia tanya pasal orang bertawaf tadi. Aku tanya lagi untuk confirmkan adakah dia dah buat tawaf? berapa pusingan? dan sebagainya. Jika tidak aku nekad aku akan bawa makcik ni tawaf umrah sambil aku niat tawaf sunat.
Sekali lagi dia senyum dan angguk. Sudah nak, makcik dah pusing 7 kali. Ok, kalau macam tu kita terus ke Bukit Safar. Perut sekali lagi menjadi dugaan. Nampak gayanya aku buang air besar kat tandas masjidla jawabnya. Sampai ke susur Masa'a. Aku nampak ada sekumpulan jemaah Thailand baru turun dan aku mengharapkan ada antara mereka yang kenal makcik ni dan tolong bawanya kepada pakcik.
Berlalu kumpulan tadi macam tu je. Aku toleh aku tanya makcik ok ke tak?, nak berhenti minum air Zam Zam tak? Takpe katanya. Pakcik dah lama tunggu. Ok kalau gitu jom, dah nak dekat sampai.
Sekali lagi ada jemaah Thailand turun dan seorang pun dari hampir 20 orang tak kenal makcik ni. Aku tgk makcik ni atas bawah. Kain ihramnya (telekung) takde bendera atau tulisan Thailand macam yang kumpulan tadi. Beg doa pun takde, memang berlenggang nampak gayanya. Oleh sebab dah nak sampai aku di tegur makcik dari belakang. 'Nak, terima kasih nak. Semoga Allah yang balas budi baik anak'. Berderau darah aku.
Aku tak boleh bereaksi ketika itu. Tapi yang pastinya aku nak bawa dia jumpa pakcik depan mata kepala aku. Takpe makcik saya bawakan sampai ke pakcik. Kat mana pakcik tunggu? Kali ni makcik ni bertegas tapi lembut yang perkhidmatan aku sampai disini sahaja.
Aku akur namun aku nak jugak lihat wajah pakcik tu mcm mana. Aku terus perhatikan makcik itu melangkah masuk ke celah-celah jemaah Turki, Indonesia, China, India, Pakistan dan ada gak mat saleh dari Amerika dan Britain agaknya tanpa berkedip mata sekalipun. Sehinggalah Allah mendetikkan aku untuk lihat jam sudah pukul berapa. Aku lihat jam dan sesaat aku tersedar aku terleka dari pandangan aku ke arah makcik tu, aku cepat-cepat memandang tepat ke tempat dia berjalan.
Hilang.
Berlari aku mendekati Bukit Safar. Aku cari makcik tadi. Sebab kalau ikut logik, jemaah yang hendak memulakan Saie perlu menghadap Kaaba dimana muka mereka akan memandang ke arah aku sebab aku membelakangkan Kaaba ketika itu dan berdoa. Orang macam aku pun terpaksa buka buku nota dan baca bersama tafsirnya. Adala dalam 5-10 minit sebelum mula bersaie. Kalau diikutkan selang masa aku tertoleh ke arah jam aku dan selang masa jemaah normal membaca doa, aku rasa aku sempat jumpa makcik tu. Aku yakin. Tapi aku hampa kelibat makcik tu aku tak temui walaupun aku berlari hampir separuh perjalanan ke Marwah utk cari makcik itu. Dalam hati aku mungkin makcik ni fasih berbahasa arab sehinggakan doa-doa tu celah gigi je bagi dia.
Aku fikir positif walaupun hati kecil aku kata tak mungkin sebab umur makcik tu dalam lingkungan 60-an.
Angin dingin aircond menyerap dalam tulang belakang aku. Goosebump. Aku berdoa agar makcik itu terus tersenyum apabila dapat bertemu pakcik. Aku juga tersenyum sebab aku rasa aku dah dapat bantu seorang lagi jemaah disini dengan izin Allah.
Cuma aku hampa sedikit sebab aku tak sempat bertanya nama makcik itu tadi. Adakah jika aku sempat bertanya dan jawapannya;
'Nama makcik Siti Hajar dan pakcik pula Ibrahim'
Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. Ceritanya mungkin sama (ditinggalkan suami), namun plotnya sedikit berlainan. Kisah Siti Hajar dan Ismail ditolong oleh Malaikat Jibrail untuk diarahnya menghentak kaki agar terbit air Zam Zam. Namun kisah makcik ni hanya dibantu oleh aku yang hanya dok fikirkan nak setelkan urusan peribadi.
Aku teguk 3 gelas air zam zam dan terus ke hotel aku untuk mandi dan to my surprise, masih lagi sempat berjemaah Maghrib di sini.
Ini adalah secebis kisah aku utk rakan-rakan. Banyak lagi cerita sebenarnya. Belum lagi cerita pengemis cacat, peminta makanan, Tasbih kayu koka dan yang paling utama kisah Wak Shahir di Madinah.
Dan jika ada rakan-rakan terganggu dengan cerita-cerita aku selanjutnya nanti. Harap jgn baca. Aku terpaksa coretkan disini sekarang sebelum aku terlupa dan aku rasa hilang dengan pengalaman2 sebegini.

3 comments:

  1. Subhanallah, teruja Nur baca entry ni seakan-akan turut berada di sana. Semoga dipermudahkan segala urusan, terima kasih atas perkongsian ;)

    Jemput singgah ye :)

    http://www.cahayavitamin.com

    ReplyDelete
  2. subhanallah ... beruntunglah tuan dapat mpermudahkan urusan orang yg memerlukan. Allah bantu, dapat pun menahan gelodak sakit perut kalau niat tu memang ikhlas. Subhanallah

    ReplyDelete
  3. MashaAllah cerita yg sgt interesting...cerita u tulis ni agak kelakar sikit..tergelak la jugak..tapi mmg benar..di Mekah mmg banyak cerita menakjubkan utk mengingatkan manusia kpd jln yg benar dan kebesaran ALLAH !

    ReplyDelete