Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Kisah dan Tauladan. Nak segerakan proses jual beli rumah :)

Pagi tadi bertungkus lumus buat surat di perpustakaan Presint 8. Tujuan surat: Utk cepatkan urusan pindah milik strata.




Sebagai penjawat awam, memang dah masak dengan prosedur kerja di agensi kerajaan. Suka or tidak, semua urusan adalah melalui surat. Ramai yang anggap surat ni benda remeh, kenapa tak boleh slow talk je?. Sebab surat membawa pemberat 'show of intent' bagi isu-isu tertentu. Cumanya, kita selalu malas nak karang surat. Kalo boleh nak biar org lain atau staf karangkan. Aku pun pemalas juga nak karang. Tapi sebab aku dibesarkan oleh seorang kerani. Maka aku tau dan faham akan kehebatan dan kekuasaan 'surat bodoh' tersebut.

Antara contoh surat yang beri impak dalam hidup aku seperti yg mak aku pernah buat:

+Surat rayuan mak ke Kementerian Pengajian Tinggi supaya aku dapat masuk matriks londang instead of matriks langkawi which is menyusahkan mak ayah sebab akak aku sedang belajar di matriks londang. So kalau aku masuk matriks sama senangla diorang nak melawat.

+ Surat yang aku tulis kepada Pengerusi Tabung Haji. Alhamdulillah sebab surat personal yg aku hantar sendiri ke PA Pengerusi Tabung Haji (nasib pejabat dekat Jln Yap Kwan Seng, senang nak pg bangunan TH kat Jalan Tun Razak) dapatlah peluang sempurnakan impian mak utk teman dia kerjakan haji tahun lepas. Alhamdulillah.

+Surat personal aku tulis kepada Presiden Perbadanan Putrajaya yg akhirnya dapat juga diskaun 25% untuk pembelian rumah disini. Alhamdulillah.


Kini, ada satu lagi cabaran. Urusan jual beli rumah di Bukit Jalil mungkin akan drag sampai lebih kurang setahun setengah. Itu kata peguam buyer lepas meeting dgn diorang aritu. Tambah lagi rumah tu adalah leasehold. Bukan freehold. Jenuh aku cari kitab-kitab sifu hartanah nak tgk gantt chart expected masa urusan setel utk hartanah macam rumah yg nak dijual tu. 

Confirm. Paling awal, setahun dari sign S&P. Itupun kalau urusan dipejabat tanah cepat. Siapa yg selalu terlibat dgn jual beli rumah mmg tahu kelewatan dari pihak pejabat tanah. Nak salahkan diorang memang tak patut sebab memang banyak kut dokumen yg perlu diorang setel. Dapat pulak pejabat tanah yg jaga kawasan daerah Klang Valley. Bape byk projek kondo, apartmen dan flat yg dibuat. Semuanya melibatkan strata.

Tapi aku selalu ingat apa yg mak aku selalu buat. Usaha berurusan dengan 'orang besar' yg selalu buat keputusan penting. Hanya perlu bawa surat, bersemuka dan explain justifikasi dengan berhemah.

That is exactly aku try buat lagi. Yerla. Gamble je. Tak dapat setel awal pun xpe, aku boleh je tunggu. Cuma banyak pula peluang investment yg ada. Mak mertua dah bagi borang buka akaun saham dengan RHB. Tapi aku kata kat wife, nnt dulu sebab dah berhabis byr deposit rumah. Yerla anak2 dah makin besar dan perlukan space.

So, jadilah cerita aku ke pejabat tanah dan jumpa 'orang besar' yg mak selalu umpamakan. Aku bagi salam perkenalan. Try explain justifikasi dan serahkan surat utk tunjuk 'intention' aku secara rasmi.

Lepas serah dan meeting xsampai 5 minit. Aku ucapkan terima kasih.

Since dah ada kat sini (berhampiran Dataran Merdeka). Saje je nak throwback memory kecik-kecik kat sini dulu. Saje singgah kat Perpustakaan Kanak-kanak KL dan usha rehearsal upin ipin sempena sambutan hari kemerdekaan.

Tgh leka aku tgk pelancong excited nak amik gambar ngan upin ipin. Aku dapat call dari 'orang besar' 

'Salam. Ini En Halif ker?, Nanti minta pihak pemaju Perwira Harta Malaysia ambil surat kelulusan strata ini bagi pihak En Halif 29 hb Ogos ini ye'

Yahoo....Alhamdulillah. Kalau memang nak dan tawakal, mmg Allah SWT tunjukkan jalan. Gembira mmg xterkata. At least aku dah cut short urusan jual beli at least 3 month time. Walaupun ini bukan final surat yg aku akan buat memandangkan jual beli ini secara 'double transfer' bukan 'direct transfer', maka mmg akan ada lagi surat aku kene buat.

But today experience mmg worthy of my time.

Teringat pesan mak, 'Kalau nak balik umah mak, pangkat dan kedudukan letak kat luar pagar rumah mak'

How true it is, sometime kita terbawa-bawa dengan pangkat dan kedudukan dalam rumah dan itu yg buat kita tak dapat terima nasihat orang yg lagi rendah taraf pekerjaannya. Eksen bos kononnya.

Tapi sedarlah, 'orang besar' yg aku jumpa tadi hanyalah seorang kerani yg punya hati yang baik. 


p/s: 10q so much kat #IPDA dan #INTAN sebab ajar cara tulis surat dengan class (persuratan tentera ada banyak jenis untuk banyak jenis perkara) dan berhubung dgn penjawat awam.

p/s/s: Aku senyum je bila kerani tu tegur; 'Cara en tulis surat ni macam encik ni pegawai' . Tak sangka org boleh kenal personaliti hanya melalui surat.

2 comments:

  1. saya tersenyum baca. boleh membayangkan keadaan perjumpaan ni.

    ReplyDelete
  2. sapa mamat tu..leh kenalkan ke?saya pun terjerumus di lembah camtu gakkk..penat tunggu wooooo..siap buat surat rayuan lagi..masih belum siap lagi..tolong lah

    ReplyDelete