Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Kisah Instant 3 in 1 di musim haji 1434H

Benar kata Nabi Muhammad S.A.W tentang kehebatan Padang Arafah. Sebenarnya wukuf disini xubah macam aktiviti perkhemahan pengakap sahaja. Tinggal lagi keberkatan yang dijanjikan itu yang perlu dicari dan dipohon. Waktu yang mustajab doa adalah ketika hari siang bercampur malam sedang menjelma. Ketika itu, dapat disaksikan bulan dan matahari setentang dengan matahari semakin menghilangkan diri sambil bulan memancarkan cahaya. Cantik sungguh. Mungkin itula antara kelebihan dan bukti ciptaan tuhan yang perlu kita akur dan insafi. Benar. Cantik sungguh. Jarak diantara bulan dan matahari pula memang dekat. Habis cerita wukuf yg instant ini.

Selepas berwukuf bergerak ke Muzdalifah untuk bermabit. Aktivitinya hanyalah 'melepak' jika boleh digunakan perkataan itu sambil mengutip 7 biji anak batu seperti yang disunatkan. Sambil menunggu bas untuk ke Mina hanya ibadah sampingan seperti mengaji dan berzikir yang mampu dibuat. Sesekali memandang ke langit yang tidak berawan itu. Tiada bintang. Hanya bulan. Tepat jam 11.30 bas berderet2 datang. Saat ini memang ujian kepada kesabaran bermula.

Berangkat ke Mina. Dalam fikiran Arafah adalah tempat yang paling daif dan serba kekurangan. Lagi pula ia rukun haji. Di Mina dengan anggapan keselesaan yang lebih baik dengan khemah2 yang luarannya cantik dan kalis api katanya namun disebelah dalam hanyalah benda asas sahaja. Duduk la bermalam selama 3 hari disitu dalam keadaan 'setinggan'. Rupa2nya di Mina lagi hebat ujian kesabaran. Sudahlah makanan yang disediakan ala kadar, toilet yang terpaksa dikongsi2, panas terik, kedai makanan yang boleh diibaratkan raja dan pembeli adalah pengemis yang merayu2, pertelingkahan pendapat berlaku. Sedih menyaksikan manusia sudah hilang pertimbangan. Sedangkan ibadah melontar itu simbolik kepada membuang anasir negatif dalam diri. Hanya isu arah kiblat sahaja dah buat jemaah hilang sabar. Astagfirullah. Hebat dugaan ketika ini walaupun ianya hanya ibadah wajib haji. Layanan di Mina memang memerlukan tahap sabar yang tinggi. MashaAllah.
Habis melontar. (Hanya buat Nafar Awwal sebab flight balik ke Malaysia sudah hampir) balik semula ke Hotel di Makkah untuk selesaikan rukun haji yang masih berbaki iaitu Tawaf Ifadah dan Saie. Disinilah ada yang kecundang kerana sakit dan keletihan. Ada yang dah hilang pertimbangan diri dan hendak terus pulang ke kampung masing2. Semuanya aku saksikan dengan mata sendiri.
Rasa syukur yang teramat sangat sebab dapat mengerjakan ibadah ini diusia yang tahap kesihatan mental dan fizikal sedang optimum. Alhamdulillah.
Kadang2 timbul pertanyaan dalam diri. Nasib baik dapat pergi sekarang bukan ketika sudah berpangkat tinggi dan tidak larat kerana pada ketika itu mungkin akan lebih fussy dan banyak mengomel. Hehe. Comel.

No comments:

Post a Comment