Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Suka 'Duka' Ujian Bernama Wak Shahir di Madinah

Bismillah. Cerita ini agak panjang. Aku cuba ringkaskan. Harap sudi membaca sampai kehabisan. Catatan ini sebenarnya sudah lama tertangguh. Sepatutnya telah lama aku catat dan kongsikan cuma masa yang selalu tidak mengizinkan. Kisah ini adalah kisah aku bersama jemaah yang aku panggil Wak Shahir. Kisah Wak Shahir yang mungkin ada pengajaran buat kita semua. 

Dan sebetulnya memang aku telah minta kebenaran daripada Wak sendiri untuk aku coretan kenangan bersama beliau, sebab aku pernah bagitahu pada Wak, ' Wak, Wak adalah lubuk pahala saya disini. Terima kasih'. Teruskan membaca.
Saat pertama kali jejak kaki disini. First day
Saat pertama kali aku 'kenal' Wak adalah waktu ketika kami semua daripada KT 4 jemaah haji musim 1434H mula hendak berlepas ke Madinah al-Munawarrah. Saat itu, aku, ibu dan adik kecilku hanya menumpukan pada amalan-amalan dan kadangkala buat sedikit ulang kaji ibadah haji di ruang menunggu sebelum menaiki pesawat. Apabila pengumuman daripada pegawai MAS untuk mula berlepas, kami jemaah lelaki dan perempuan dikehendaki melalui laluan yang berasingan melalui 'jambatan' penghubung diantara airport dan kapal terbang.  
Wak bersama isteri, adik Wak, mak dan adik di Masjid Quba

Aku seperti biasa akan arahkan adik dan ibu untuk bersiap sedia dan beratur ikut arahan pegawai MAS. Dalam hati aku terdetik, nanti tempat duduknya asing ker? Tak duduk sekali ker? Macam-macam yang ligat bermain dalam kepala. Tapi aku rilekskan diri dan fikirkan yang positif sahaja sebab kata org, untuk ke Tanah Suci ni jangan fikir yang negatif dan buruk-buruk. Jadinya aku hanya redha sahaja dan bersedia dengan apa ketentuan daripada Allah SWT.

Dalam tengah beratur (aku dibarisan paling belakang bersama petugas TH) aku terpandang seorang lelaki tua yang tak keruan dan dia semacam hilang arah ingin mengikuti isterinya. Lelaki tua itulah Wak Shahir. Wak Shahir beratur di laluan jemaah perempuan. Jujur aku katakan pada mulanya hati ini ada terdetik, 'Isk, kenapalah pakcik tu beratur kat situ, tak dengar arahan or tak faham arahan'. Walaupun hanya terdetik hati kecil seperti itu, aku sudah risau yang mungkin pakcik ini nanti akan jadi dugaan aku ketika di tanah suci. Ketika itu, memang niat hati hanya ingin berbakti dan menguruskan ibadah haji mak sebaik mungkin memandangkan mak aku juga sudah tua. So, terus hati kecil berdetik lagi, 'Harap-harap takdelah nak kena tolong orang lain selain mak'. Sebab mak pun ada masalah lutut. Walaupun tak serius tapi aku tetap ingin jaga dia sebagai priority aku yang pertama.
Ajar Wak ambil gambar juga

Petugas TH memanggil Wak, 'Wak, beratur sini. Itu laluan perempuan'. Dari jauh aku terdengar Wak membalas, ' Tapi saya nak ikut dan duduk dengan isteri dan adik perempuan saya'. Muka Wak memang muka cuak, mungkin itulah kali pertama Wak naik kapal terbang agaknya. Aku senyum sinis sahaja.

Alhamdulillah. Syukur, walaupun aku selalu naik kapal terbang tapi waktu mengerjakan haji itulah kali pertama aku dapat duduk dibarisan hadapan kelas perniagaan. Dalam hati aku rasa bertuah sebab Allah SWT jemput aku, mak dan adik untuk ke Madinah dengan keselesaan di kelas 'business'. Memang kenangan yang manis.
Buka puasa dengan Wak

Sedang aku duduk dan cuba sesuaikan diri dengan kerusi penumpangnya yang empuk dan banyak butang fungsi yang pelbagai, aku terpandang Wak Shahir duduk dibarisan hadapan dari tempat duduk aku dengan mak. Aku nampak Wak memang sangat gusar dan sedikit risau mungkin. Namun aku juga nampak Wak ni seorang yang sangat bertanggungjawab pada isteri dan adiknya. 

Point penting. Wak pergi bersama isteri dan adiknya yang dalam perkiraan aku usia mereka 50+ tahun ke atas. Aku pergi bersama mak (55thn) dan adik perepmpuan 15 thn.

Ketika dalam pesawat memang perasaan risau dan gusar memikirkan anak dan isteri yang ditinggalkan di Putrajaya. Namun aku yakin yang bantuan Allah SWT pasti akan ada. Perjalanan ke Madinah seperti penerbangan yang biasa aku naik. Makan. Tdo. Celik mata je apa benda yang bercahaya tu? Itulah Masjid Nabawi dari pandangan udara semasa kami masih dalam pesawat hendak menuju airport Madinah. Subhannallah. Cantik sungguh. Terus bersemangat nak terus melawat makam Nabi Muhammad SAW.

Namun aku lupa, Allah SWT ada perancangan yang lain untuk diri aku.

Bagasi telah diambil. Antibiotik telah dimakan. Buku panduan ziarah dan haji yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi telah aku baca dalam bas sewaktu kami menuju di Hotel Movenpick, Madinah. Seperti biasa, petugas disana akan suruh kita check in dulu sementara menunggu mereka menyusun bagasi yang diikat atas bumbung bas. Lucu aku tengok sebenarnya.

Guess what? Waktu aku ketuk pintu bilik aku (sebab kunci bilik hanya diserahkan pada mereka yang datang dan ambil dahulu), siapa yang menyapa? Yup, itulah Wak Shahir. Pakcik yang aku terpandang, terfikir dan terngiang-ngiang dalam pesawat dan airport KLIA.

Kami bersembang seperti biasa. Tiada apa yang istimewa. Jemaah disini bila sampai je memang teruja untuk terus ke Masjid Nabawi. Sungguh. Aku juga begitu. Tapi aku kena iring mak, pada aku mak dan adik aku mungkin dah biasa ke sini sebab dah pernah buat umrah. Namun aku yang belum pernah langsung jejakkan kaki ke tanah suci. Maka, memang aku sangat teruja dan terus ajak mak dan adik yang kebetulan biliknya sebelah bilik aku. Dan nak dijadikan cerita adik dan isteri Wak juga sebilik dengan adik dan mak aku. Subhanallah. Aku tak fikirkan apa-apa. Cuma keterujaan nak menerokai setiap inci masjid istimewa itu kian menebal.
Wak sugul tunggu masalah telefon di Pusat Khidmat Mobily

Kami (mak, adik, isteri dan adik Wak) terus ke Masjid Nabawi. Sebabkan aku dan Wak sahaja yang lelaki, maka rombongan kami terputus di sempadan kawasan lelaki dan perempuan. Mak, adik, isteri dan adik Wak ke kawasan perempuan manakala aku dan Wak menjelajah ke setiap kawasan masjid ikut hati dan kehendak aku. Aku ketika itu usia 30 tahun, Wak dalam 60 tahun namun sebabkan Wak ini kerja kampung, memang kakinya tak mudah letih, masih cergas dan fit. Cuma Wak ini kurang keyakinan diri dan cepat risau. Mulanya aku tak sedar 'masalah' Wak ni. Kemana sahaja aku pergi, Wak seperti bayang-bayang aku. Aku berlari, dia berlari. Aku duduk, dia duduk sehinggakan aku baca Yasin, dia pun baca Yasin. Dalam fikiran aku, takkan takde surah lain yang dia nak baca. Dan dia baca sangat rapat dengan aku.

Seperti orang jakun, hari pertama sahaja dah satu kawasan masjid aku jelajah. Wak memang ada bersama aku. Sebabkan aku ni pegawai tentera, maka tujuan recce dalam aktiviti ketenteraan memang perkara wajib. So, itu yang aku buat, aku apply basic skill ilmu tentera aku untuk memudahkan aku pengecaman kawasan dan positioning. Lepas dah puas berjalan diluar masjid aku terpandang kubah agung berwarna hijau yang dibawahnya bersemadi insan agung pilihan Allah SWT. Terus aku menderu masuk sebab hati dah tak tertahan hiba dan sayu usai ternampak makam kekasih Allah SWT. Baru aku sedar yang ketika itu Raudhah sangat lapang. Sebab kami KT terawal agaknya. Terus aku masuk ke Raudhah dan bermunajat, bersolat dan berdoa untuk segala-galanya. Untuk segala nikmat yang telah dilimpahkan, dan untuk kesejahteraan arwah ayah, kami sekeluarga dan umat Islam khususnya. Saat aku dalam keadaan yang 'sentimental', aku terus diapit oleh Wak. 

Macam aku cakap tadi, semua benda yang aku buat dia buat, hatta aku menangis, dia pun menangis. Aku mula terasa sedikit ralat dan tidak berkenan. Seorang tua disebelah aku yang ikut segala gerak geri aku. Agak 'annoying'. 

Tamat hari pertama di Madinah selepas kami pulang ke bilik hotel.

Esoknya, aku ingatkan Wak akan tahu untuk bergerak sendiri bersama isteri dan adiknya. Sebab aku nak cari ruang bersama mak dan adik aku. Namun memang tak diperkenankan Allah SWT. Saat aku ke masjid dan kebiasaannya dapat bersolat di raudhah, Wak akan ada dengan aku. Aku masih ingat saat aku berdoa pada Allah SWT. 'Jika memang telah Kau takdirkan insan disebelah aku ini paling layak aku bantu ketika di tanah suci, aku pohon sepohon pohonnya agar Kau jagalah ibu dan adikku, berikan mereka kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah haji ini sebaik mungkin'. Saat aku lepas berdoa, aku pandang wajah Wak Shahir. 

Aku katakan pada Wak Shahir,' Wak, saat ini..saya akan jadi penunjuk jalan untuk Wak di Madinah, tapi Wak kena tahan dengan saya, sebagai anggota tentera saya nak Wak ikut arahan saya disamping saya akan pecahkan rasa kurang yakin Wak tu perlahan-lahan'. Wak terus peluk aku semahu-mahunya dan dia akui, dia sangat risau dan takut tersesat dan tak jumpa jalan pulang. Memandangkan isteri dan adik dia mengharapkan dia, dia tak yakin dapat mengetuai mereka ditanah suci. 

Benar, peraturan Allah SWT jualah yang dapat mengatasi segala-galanya. Isteri dan adik Wak ditemanni mak dan adik aku. Aku pula kena 'ajar' Wak.

Kalau hari tu aku katakan pada Wak, setiap saat kita disini dan ke Masjid Nabawi, aku nak kami usaha bersolat di Raudhah sekerap mungkin. Ucap salam pada junjungan mulia sekerap mungkin usai solat. Dan aku nak Wak ikut cara aku. Wak yang tak banyak membantah ikut sahaja. Sesekali timbul rasa kasihan pada Wak. Mungkin ada bab dalam hidup dia yang buatkan dia semacam trauma (memang betul selepas sesi luahan isi hati Wak dengan aku).

Jadinya, Wak hanya ikut aku. Ke Raudhah, Ke Makam Nabi dan kemana sahaja.

Antara isu ketika disana adalah isu telefon dan top up, sedang aku dah selesai uruskan telefon dan top up ibu dan adik. Wak, isteri dan adiknya minta bantuan. Aku ikutkan sahaja walaupun penat sebenarnya nak ke pusat Mobily di hujung sebelah Masjid Nabawi. Aku berjalan mengenangkan mereka juga ada anak dan saudara mara yang perlu tahu khabar mereka. Akulah yang speaking walaupun berterabur dengan Pak Arab yang baru tau diorang pun tak paham Bahasa Inggeris. Hahahaha..memang macam ayam dengan itik. Wak Macam biasa, dengan muka kesian dan sugulnya. Entah apa yang difikirkan aku pun tak tahu.

Mungkin masalah dia berat agaknya. Takpelah aku bantu sebaik boleh.

Sesekali aku pernah bertegas pada Wak, aku train Wak jalan pergi dan pulang. Maklumlah, di Madinah perjalanan ke masjid amat mudah dan straight forward. Tak seperti di Makkah, di hotel kami di Land Premium. Agak jauh dan mencabar. Tapi aku pelik Wak ni jalan yang mudah pun masih tak boleh arif akan hal ni. Ada sekali aku suruh Wak jalan dulu, aku ikut belakang. Macam nak menangis Wak aku tengok. Bukan aku nak dera dia, cuma aku nak dia atasi masalah dia. Kurang keyakinan diri. Terkadang ade juga aku tinggikan suara (bukan marah) untuk bagi motivasi pada dia.

Waktu nak ke Raudhah aku bagitau Wak, yakinlah dengan Allah SWT. Dialah yang berikan kita jalan dan peluang. Kalau Wak paranoid dengan orang yang ramai, di Raudhahla aku nak train Wak. Muka Wak kembali sugul memikirkan nasib dia yang diajar oleh orang muda. Mungkin dia sedih diperlakukan sebegitu. Niat aku ikhlas. Takde nak permainkan dia. Alhamdulillah, Wak dapat masuk Raudhah. Aku senyum pada dia dan tunjuk tanda bagus. Wak senyum sepi. Alhamdulillah Allah SWT juga bagi peluang aku solat di Raudhah dengan mudah, mungkin kesan aku bantu Wak. Allah SWT mudahkan urusan aku. Tapi aku jarakkan kedudukan aku daripada Wak. Aku nak lihat macam mana Wak nak balik nanti. Kalau boleh aku taknak dia mengikuti aku. Habis solat, kami terpisah. Sengaja aku biar Wak keseorangan. Tapi aku tak tinggalkan dia sebenarnya. Aku cuma perhatikan dia dari jauh. 
Aku katakan  pada Wak, jika Wak takde wang nak waqaf Al-Quran, nah tolong bawa Al-Quran -al Quran yang kawan saya pesan untuk diwaqafkan, semoga pertolongan Wak ini juga diberi ganjaran :)

Kesian. Wak memang sugul dan jadi tak keruan. Tapi satu yang bagusnya sifat Wak, dia peramah. Aku ikut sahaja Wak dari belakang tanpa dia sedar. Tercari-cari dia rak kasut kami. Aku perhatikan sahaja. Jika Wak berjaya jumpa, aku akan cepatkan langkah aku ke arah Wak dan kami balik sama-sama. Bila dia nampak macam sesat, aku biarkan seketika nak lihat ikhtiar dia. Memang sungguh, abis orang pakistan, orang indonesia dan ramai lagi jemaah yang dia tanya dan tanya. Mungkin bertanyakan dimana terletaknya pintu-pintu yang kami masuk yang ada rak kasut disitu. Bila aku tengok Wak tak berjaya baru aku segera ke arah Wak. 

Macam itulah yang aku try nak ajar Wak dari masa ke semasa ketika disana disamping sesi motivasi hati ke hati di bilik. Haha, memandangkan aku dulu Presiden Kelab Kaunseling ada jugakla skil aku try guna untuk pecahkan masalah Wak.

Aku lihat keadaan mak dan adik Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. 

Jauh disudut hati aku memang aku tengok Wak seorang yang sangat jujur, baik terhadap isteri sehinggakan waktu aku bersembang dengan isteri Wak, Isteri Wak kata Wak tak pernah pun marah atau tinggi suara kepada dia sepanjang mereka berkahwin. Subhanallah. Aku kagum. Tapi masalah tetap masalah. Aku cuba bantu.

Ada satu ketika usai solat subuh dan solat jenazah, aku ditolak jemaah dari belakang masuk dalam bilik tempat jenazah ditempatkan dan disembahyangkan. Sempat aku aku tengok jenazah ibu dan anak dan berpeluang mengusung jenazah anak yang kecil itu. Aku berlari dan berlari. Aku tengok Wak dari belakang mengejar aku ke Makam Baqi. Batas tenaga orang tua tetap ada, memang Wak tak dapat ikut aku waktu tu. Aku biarkan sahaja. Yang penting aku nak turut serta dalam pengurusan jenazah ini. Lepas selesai. Aku nak pulang, aku nampak Wak tersenyum menunggu aku di ruang pejalan kaki dalam Makam Baqi. Aku ajak Wak sarapan dan bagitau lepas ni kalau ada peluang usung jenazah aku nak Wak tolong sekali sebab aku terangkan pada Wak fadhilatnya.
Rindu nak belanja Wak makan Shawarma lagi

Selesai. Aku gembira aku dah ajar  Wak supaya percaya pada diri. Dan sedikit sebanyak dia ada perubahan. Perkara yang aku selalu terima daripada isteri dan adik Wak adalah ucapan terima kasih dan maaf andai mereka menyusahkan aku. Aku senyum pada mak dan adik dan bagitau pada mereka. Kita disini perlu tolong menolong. Boleh dapat pahala. Waktu tu aku bagitau pada Wak yang aku amat berterima kasih kepadanya sebab jadi sumber pahala aku disana. Walaupun aku ajar dan paksa Wak cari balik keyakinan diri, Wak, isteri dan adiknya sebenarnya mengajar aku erti bersabar. Aku bersyukur walaupun benar terasa beban dan penatnya. 

Namun semuanya berbaloi bilamana kami tiba di Makkah al-Mukarramah dimana Wak dah jadi 'lain'.

Bebasnya Wak kesana kesini umpama burung merpati yang tidak bertuan, yang tidak takut disakiti dan diancam. Bebas-sebebas-bebasnya. Dan kisah ini akan aku coretkan di lain hari. 

p/s:  Aku rindukan Wak Shahir dan keluarganya.

Moral of the story:  Jangan lokek untuk bantu jemaah lain. Besar kemungkinan dia mungkin punca asbab kita kenali diri sebagai hambaNya. Mungkin Allah SWT nak bantu hambanya yang lain melalui kita. Wallahualam

2 comments:

  1. subhanallah...... menarik penceritaan tuan dan tuan sgt beruntung.....

    ReplyDelete
  2. subhanallah.....penceritaan tuan amat menarik dan tuan amat bertuah . ...

    ReplyDelete