Pages

agoda.com INT Lazada MY

Beban Hutang Kereta

Kalau nak cerita pasal hutang kereta rasanya setiap antara kita yang bekerja pasti ada sebuah kereta at least, bertambah konpem ada kereta bila dah berkahwin. Kalau masih bujang, kemungkinan kenderaan yang paling popular adalah motosikal. Alam kehidupan aku dengan motosikal adalah waktu belajar dulu di UiTM, Shah Alam. Motosikal Yamaha Sport 100E peninggalan arwah ayah aku tu la aku gasak sampai ke KL. Dengan minyak 2T nyer yang menyebabkan asap berkepul2. Haha..memang legend.


Jasa motosikal tua tu masih aku gunakan waktu diawal permulaan karrier aku di Muar. Bising kot bila pagi-pagi aku start moto tu ditambah dengan asap yang mak ai, memang boleh sesak hidung siapa yang hidu tu. Biasalah tu kalau dah nama pun Yamaha, bukannya Honda. Lagipun teknologi lama dalam motosikal tua. Anyway, itu dulu. Sekarang ada sebuah kereta Wira SE Aeroback yang aku beli dari gaji permulaan aku yang pertama. Beli pada tahun 2006 sampai sekarang masih berbakti.

Dalam diam tak diam, dah hampir 8 tahun aku gunakan kereta ni, dari bujang-kahwin-anak 1-anak 2 dan nak masuk anak ke 3, masih lagi setia menemankan kemana saja aku pergi. Nak jual macam sayang, biasala..bila dah lama ada rasa bonding pulak, lagi pulak berapa sangatla orang nak angkat kereta lama ni. Tambah pulak ada calar2 pada body kereta.

Mungkin aku takkan jual sampai bila2 kot. Liabiliti pertama aku kot. hehe... Bila tanya-tanya baki hutang kereta aku kat AmBank, ada lg dalam RM 6,400++.. Next year insyaAllah habis hutang dah lega sikit beban hutang aku yang satu ni. Duit allocation utk bayar duit kereta ni boleh la masukkan dalam ASB atau buat simpanan sahaja. Pernah sekali kereta ni kena tarik sebab dah 3 bulan tak bayar installment. Nasib badan la...pengalaman memang mengajar aku erti saving untuk waktu kecemasan. Tapi kadangkala aku terpaksa amik risk untuk kepentingan benda lain. Pernah kena clamp dan berjuta kali kena saman. haha

Yup, terasa happy bila dapat tau hutang kereta ni dah semakin berkurangan. Semoga dipermudahkan semuanya. Korang pulak macam mana? :)

7 comments:

  1. siapakah yang tak happy kalau hutang dah settle ye dakkk..tgh menghitung tahun bile la nak abes bayo umah ni..kikikiki

    ReplyDelete
  2. Keta pertama ni memang sayang nak di jual.. sama macam saya.. beli kancil tahun 2005. Alhamdulillah bulan 10 yg lalu dah abis bayar. Kelmarin dah ambil geran kat Ambank.. Lega rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula..liabiliti pertama katakan. :P

      Delete
  3. Boleh tahan usia kreta tu..mesti cermat guns ni..in?

    ReplyDelete
  4. Memang sayang kalau nak jual tambah kalau kereta tu memang 100% duit kita..

    ReplyDelete