Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Cara Penyelesaian Untuk Tambahkan Ruang Almari Baju Anda

Salam untuk semua. Dah lebih dari 2 bulan aku tak update blog ni. Dan rasanya dah semakin berhabuk. Tapi yang aku hairankan tu, traffik yang masuk ke blog ni makin baik pulak. Padahal entri tak bertambahpun. Adakah disebabkan oleh algorithm facebook or SEO dah berubah? Entah..Dulu susah nak dapat traffik 500 ke atas setiap hari secara konsisten. Biasanya 200 lebih je. Biarkan je la masalah tu.

So, kali ni aku just nak share pasal ada satu badan pertubuhan ni yang sekarang ni laksanakan projek untuk mengumpul baju terpakai, telefon, handbag, kasut atau sebagainya sekiranya ada untuk didermakan kepada yang lebih memerlukan. Aku terjumpa banner macam kat bawah ni pun sebab kebetulan solat di Masjid Al-Taqwa, TTDI tadi. Aku sebenarnya nak pergi ke pejabat lawyer yg uruskan hartanah aku. Tapi sebabkan appointment jam 10 pagi, maka aku lepak kat Masjid tu dulu.







So, aku ada terfikir juga nak dermakan baju-baju aku yang aku sendiri pun dah jarang pakai ke tempat-tempat recycle yang ada. Cuma masih tak berkesempatan nak asingkan dan hantar. Tapi bila terjumpa komuniti yang buang aktiviti amal macam ni terasa lebih baik hantar kat diorang. Untuk baju yang beratnya kurang dari 100kg boleh terus send ke alamat seperti di bawah.


Alamat:

20, Jalan Teknologi 3/3A,
Surian Industrial Park,
Kota Damansara 
47810 PETALING JAYA
SELANGOR
Contact no: 014-9688817/018-7746737/014-9788807

At least, korang tau baju-baju yang korang derma itu digunakan untuk tujuan dakwah. Kan ke lagi ok tu..Jom dermakan baju yang korang dah tak berapa nak pakai tu. InsyaAllah boleh jadi saham juga tu ke akhirat. :) Adios

1 comment:

  1. Bagus gak tu kan..daripada buang macam tu jer,baik derma aje la..

    ReplyDelete