Pages

agoda.com INT Lazada MY

Eksperimen Buat Duit Dari CPUV dan Hasilnya... :)

Kepada blogger yang sudah expert perkara ini sudah jadi darah daging diorang. Aku yang dah 3 tahun blogging ni belum lagi sempat merasa duit blogging dari Nuffnang. Haha..Namun, memang benar kata blogger yang dah boleh jana pendapatan tetap dengan hanya berblogging. Tak kisahla 4 angka ker 3 angka ker, tapi memang benar apa yang dikata dengan blogging kita boleh buat pendapatan sampingan.

Case study #1

Ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Memanglah benar aku tak mengharapkan sangat hasil daripada blogging ni memandangkan duit gaji sebulan aku Alhamdulillah cukup untuk menyara kehidupan, membeli aset dan menjalankan tanggungjawab kepada agama dan ibu-bapa. Tapi siapa yang tak teruja untuk cuba nasib dalam menambah pendapatan dari hanya berblog yang dianggap macam mudah dan senang.

BETUL KE SENANG DAN MUDAH?

Jawapannya:

Jika anda seorang yang masih belum berkahwin, tiada komitmen, masih belajar dan hobi anda adalah melayari internet, maka anda adalah orang yang tepat untuk boleh menjana pendapatan dengan blogging secara lumayan. Kenapa aku katakan kriteria di atas paling sesuai untuk jadi 'taikun' blogger? Sebabnya adalah masa.

Orang yang telah berkahwin, berkerjaya dan ada komitmen lain sangat terhad masanya. Terhad masa untuk berblog maksud aku tadi. Namun kalau ada dikalangan yang berjaya dan telah berkahwin, cuba semak status pekerjaan mereka, sudah tentu majoriti yang berjaya sebagai blogger adalah tidak berkerjaya dan hanya menumpukan kepada aktiviti blogging dan bisness. I mean, tiada majikan. Tapi masih ada yang berjaya menjadi blogger hebat dalam masa yang sama terikat dengan tanggungjawab sebagai pekerja. Aku respect dengan nilai pengorbanan yang mereka curahkan untuk pendapatan sampingan mereka ini. Tabik. Full Stop.

SO,

Keterujaan mereka menjana pendapatan sampingan itulah yang buatkan aku nak cuba bereksperimen dengan blog ini. Blog rojak yang tiada niche sebenar. Bercampur-campur suka hati aku. Hmm, aku rasa itu kot niche blog ini, 'rojak'...:P

Secara jujurnya, blog aku ini tiada la banyak sangat pengunjungnya setiap hari, dahulu average adalah dalam 200 lebih je, but lately ni walaupun aku dah tak aktif post entri makin stagnant dan maintain average daily visitor dia. Itu yang buat aku jadi tampah pelik. Sebelum ini, jarang aku dapat CPUV daripada Nuffnang. Tapi aku tengok statistik sekarang tengah duk run 4 CPUV. Walaupun nilai terhasil tidaklah besar tapi ada hasilnya jugak kan. That's mean it really work. 



DAN,

Aku dah tahu apa yang menyebabkan sesebuah blog itu mampu menghasilkan income secara consistent walaupun tiada banyak updates post? Jawapannya: Inti entri anda. 

Aku perasan yang entri aku yang SATU ini selalu dikunjungi oleh manusia sebenar, manusia robot a.k.a Scammer dan juga budak remaja bawah umur. (tiada kaitan)

Atau adakah benar teori yang mengatakan scammer boleh menolong anda menjana traffik? Entah, belum dibuktikan lagi kot.

END OF STORY,

Pada adik-adik diluar sana yang tak tau nak buat apa waktu cuti sekolah ni, boleh la kot consider untuk buat satu blog untuk tabung pendidikan korang nanti. Haha...takyah mengharapkan PTPTN dah.

1 comment:

  1. Ha ah..betul gak tu..tapi diorng ni kadang2 tak berminat nak buat black g awal2.bila dah masuk umur tua macam saya ni, barulah nak belajar itu belajar ini.. Haha

    ReplyDelete