Pages

agoda.com INT Lazada MY

Bagaimana cara belajar ilmu bisnes PERCUMA?

Kita straight to the point.


Ramai org sekarang ini yang asyik ingin menambah pendapatan, tidak kiralah melalui bisnes online, bisnes offline mahupun kedua-duanya sekali. Semuanya dek disebabkan keadaan ekonomi sendiri yang perlu di tingkatkan. Ataupun hanya semata-mata terdorong untuk meniaga kerana terpesona dengan keindahan kata-kata manis peniaga dan mungkin ianya dianggap 'cool' dan sebagainya.

Namun sedar tak kita bahawa sebelum memulakan sesuatu kita harus memiliki ilmu dalam bidang yang sesuatu tersebut? Setuju? Begitu juga sekiranya korang nak mulakan bisnes? Perlu ada ilmu sebelum terjun ke dalam tasik atau laut org-org bisnes. Tapi, atas sebab 'perlunya memiliki ilmu' ini dianggap sebagai demand, maka ramai yang teruja untuk menerbitkan siri buku atau e-book berkaitan dengan ilmu-ilmu ini.

Apa? Ilmu itukan percuma? Kenapa kena bayar pulak? Itulah dianya, tiada benda yang free di dunia ini melainkan udara yang kita bernafas. Selagi boleh ditukarkan sesuatu itu kepada duit, maka terpaksalah kita membayar harganya. Ini termasuk ilmu walaupun ilmu itu diibaratkan sebagai ilmu Allah dan seharusnya ia tidak boleh dijual beli. Masalah hukum ilmu dibenarkan dijual beli atau tidak terserah kepada pendapat ahli bidang hukum hakam. Maybe mungkin penulis tiada niat untuk menjualnya namun atas sebab-sebab kos printing, pengedaran dan sebagainya adalah wajar kita membayar sedikit atas usaha mereka itu.

Jadi...Adakah cara lain untuk mendapatkan ilmu?

Jawapannya ada. Tentulah ada sekiranya tahu untuk mencarinya. Caranya adalah seperti berikut:

1.  Ramai penulis e-book (contoh) menjual produk mereka dengan memancing bakal pembeli dengan mukadimah percuma ilmu-ilmu yang bakal mereka kongsikan. Kebiasaannya mereka akan mengumpulkan data bakal pembeli melalui database emel yang mereka kumpulkan. Pada permulaanya, mereka tawarkan mukadimah ilmu percuma dengan syarat anda kena subscribe atau beri emel anda kepada mereka. Sebagai balasan, mereka akan berikan mukadimah ilmu tersebut secara percuma.

- Di sini, anda boleh pilih..sekiranya anda ingin terus mengetahui ilmu yang dikongsi oleh penulis, anda boleh membeli terus. Tetapi jika anda masih tidak yakin atau reluctant nak bayar harga e-book tersebut disebabkan mahal, anda boleh terus mencari penulis-penulis dan mereka-mereka yang suka kongsi ilmu dengan percuma hanya dengan google di internet. Gunakan keyword dari ilmu yang ada di mukadimah tersebut untuk terus memahaminya. Perlu diingat, ilmu bisness ini takkan semuanya sama. Ianya seperti puzzle yang kena anda cari, faham dan paling penting amal dan praktikkan.

Kadangkala kita memang zero tentang ilmu bisnes dan marketing, tapi jika kita tau mencarinya maka sedikit sebanyak kita boleh belajar dengan sendirinya.

2.  Ramai manusia berwawasan diluar sana yang gemar kongsikan ilmu bisness kepada pembaca setia. Ramai antara mereka yang berkonsi didalam ruang lingkup media sosial mereka. Apa yang perlu ada buat, add mereka. Jika tidakpun, follow sahaja mereka. Seperti tadi di point di atas, anda mungkin akan terjumpa perkongsian yang menarik dan anda tidak begitu faham, itulah keyword yang perlu anda google untuk terus mendalaminya.

Mungkin cara-cara ini agak lambat dan buatkan anda ketinggalan banyak steps ataupun tiang dari kawan anda yang terus membeli buku atau e-book tersebut. Namun, setiap org ada reasonnya tersendiri. Jangan kita semangat beli tapi untuk membacanya malas pula. Adalah lebih baik kita cari sendiri dan belajar dari kerugian wang hanya untuk puaskan hati atas desakan persuasif penjual.

Anda pilih. :)

Contoh terbaik untuk anda mulakan pembelajaran bisness anda adalah dengan menjadi penggemar platform-platform berikut:

1. Baca ilmu asas bisness di www.sekolahbisnes.net
2. Add FB Pn. Ainon Mohd

Hanya layari dua platform ini dan anda akan jumpa banyak platform yang berikutnya.

No comments:

Post a Comment