Pages

agoda.com INT Lazada MY

Monitor Claim Insuran Kenderaan Anda di [Merimen e-Claims]

Selepas je peristiwa menyayat hati di Kampar seperti yang telah aku cerita di SINI. Terpaksala aku lakukan berbagai proses untuk tuntut insuran yang layak. Daripada start towing kereta aku ke bengkel hingga valuer pihak insuran datang menilai sehinggalah aku serahkan dokumen, kunci kereta, geran dan laporan polis ke panel insuran kereta aku. Kebetulan panel insuran aku adalah Etiqa Maybank. 

Terpaksala menapak ke Jalan Maarof, Bangsar untuk serahkan dokumen-dokumen tu. Tapi sebelum tu, kene pegi AmBank di Jalan Yap Kwan Seng untuk proses dapatkan supplement letter dan baki terakhir yang perlu aku bayar. Dari rekod AmBank, baki kereta tu adalah dalam RM 5,200 lebih. Etiqa value kereta aku tu dalam RM 14 k, maknanya ada dalam RM 8 k lebih untuk aku buat deposit kereta baru. Walaupun 'baru', tapi aku just amik yang secondhand sahaja. Sebab kereta yang aku minat tu dah takde dijual.
Masih pending
Selesai


Proton Waja 1.6 CPS Campro. Huhu.. Dah letak dah pun deposit RM 3,000.

Tunggu proses di Puspakom, JPJ dan loan submission.

Namun, nak cerita pasal satu website monitoring tuntutan claim yang dinamakan Merimen e-Claims. Aku tak pasti adakah dia boleh monitor semua tuntutan claim semua dari syarikat insuran. Yang pastinya, Etiqa Maybank memang menggunakan servis mereka. Daripada apa yang aku lihat, sistem ini memang membantu org seperti aku untuk monitor melalui internet, tidak perlulah call agen insuran saban hari. 

To date, claims aku dah setel, cuma syarikat insuran akan bayar pada pemegang/pemilik sebenar kereta tu ie bank yang bagi loan pada kita dulu. Dalam kes aku AmBank akan diberikan RM 14k tadi tu. Then balancenya baru dapat kat aku. 

Walaupun tragedinya sedih, mungkin ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan. Amin :)

p/s: Selepas semakan, Merimen e-Claims ni memang monitor kebanyakkan syarikat insuran. List PENUH.

p/s/s: List Insurer yang terlibat:

Bukan takat insurer di Malaysia sahaja yang boleh dimonitor, Insurer Singapore dan Indonesia pun boleh. Must be a profitable company. Huh!

2 comments: