Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

[Q&A] Nadia tanya cara mohon permit Pembantu Rumah terbaru.

Baru-baru ni ada satu soalan menjengah mailbox aku. Seorang pembaca bernama Nadia bertanyakan tentang proses permohonan permit yang kini sudah tidak lagi boleh diproses oleh majikan sendiri. Aku kurang pasti apa sebab utamanya. Sebab maid aku sekarang ni aku uruskan proses pembuatan permitnya sendiri. Tapi sebabkan tempoh kontraknya akan berakhir bulan Mac 15 nanti, maka terpaksala aku cari maid pengganti. 

Kos urusan pengambilan maid melalui agen mencecah RM 12 ribu. Bayangkan, berapa banyak majikan yang perlukan khidmat maid perlu membayar. Kalau bakal maid telah sedia ada, dan kita hanya ingin uruskan permit pula hampir cecah RM 5 ribu bergantung kepada agen yang anda pilih. Macam aku, agen yang uruskan bakal maid yang memang telah ada di Malaysia ni caj aku RM 5,200.00. Tu harga di Putrajaya. Anda fikirkanlah sendiri. Apa-apa pun pilihan tetap di tangan anda. :)





Tapi itulah, sampai sekarang aku tak faham kenapa susah sangat nak cari orang Malaysia yang sanggup kerja sebagai pembantu rumah. Lagi mudah, balik kampung senang. Kalau familinya susah, at least sedikit sebanyak dapat juga kita bantu mereka. Terang-terang orang Malaysia. Duit gaji yang kita bagi tu still di Malaysia bukannya ke luar negara.

3 comments:

  1. kos pembantu rumah sekarang ni dah mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula, tapikan harga minyak dah turun. Ada kene mengena tak? hehe

      Delete
  2. salam, boleh kasi no agent yang tuan guna? terima kasih

    ReplyDelete