Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

[Rumah Sewa] Close Deal! Semua happy :)

Dah macam-macam karenah penyewa rumah telah aku lalui, ada yang penjahanam rumah, ada NAKAL macam kisah Awek Tenant yang nakal dan ada juga yang jujur baik. Namun kali ini, aku tak letakkan harapan yang tinggi pun. Budak Medic, Taylor's College. Setuju sewa rumah RM 1,200/sebulan. Alhamdulillah. Duit sewa tu juga aku rolling untuk buat duit belanja adik aku di Al-Azhar, Mesir. Semoga Allah SWT permudahkan. Amin.


Aku terpaksa gunakan khidmat agen sebab tak larat nak berulang alik dari Putrajaya ke Sg Buloh hanya untuk viewing yang mungkin jadi dan tak. Last-last aku pass kunci umah kat kontraktor yang repair rumah tu dan hasilnya, macam biasa, agen akan ambil alihla. Tp Alhamdulillah agen ini bukan penipu. Aku pun yakin setiap dari rezeki kita mesti akan ada bahagian orang lain. So, aku redha je dan sebagai upahnya, agen aku tu dapat sebulan sewa. Lumayan jugakkan? Macam nak jadi agen rumah jugak kan? Tapi satu soalan, ada masa ke? hehe


p/s: Sudahnya, budak medic tolong budak medic jugak :)

No comments:

Post a Comment