Pages

agoda.com INT Lazada MY

[TOTAL LOST?] Jelapang, kawasan kemalangan jalanraya.

Kalau nak diikutkan, memang kemalangan jalanraya di Malaysia ni mencatat statitistik yang sangat tinggi. Aku pun xtau puncanya apa, tapi baru-baru ini aku juga termasuk dalam statistik jalanraya di Malaysia. Kejadian berlaku ketika aku dalam perjalanan pulang daripada Taiping ke Putrajaya. Akibatnya kereta aku ditakrifkan sebagai 'TOTAL LOST'.

Sedih memang sedih. Kata orang, malang tidak berbau. Kadangkala sewaktu kita cuai dan leka, tidak pula terjadi kemalangan. Namun dikala kita alert dan berwaspada, boleh jadi kemalangan boleh menimpa. Waktu aku on the way di kilometer 309.4 lebuhraya menuju ke selatan PLUS, berlakulah perlanggaran 3 buah kereta (termasuk kereta aku).






Puncanya apabila pemandu kereta Honda Civic depan aku dengan secara tiba-tiba melintang masuk ke jalan sebelah kanan iaitu laluan laju yang sedang aku lalu. Memang tidak dapat elak, jarak sangat dekat maka terpaksalah aku serahkan nasib aku ketika itu kepada takdir. Mujur Allah SWT selamatkan nyawa aku dan mereka yang terlibat dalam kemalangan. Kereta aku yang remuk tu memang tak dapat nak dielakkan. Ramai yang jika lihat keadaan kereta aku mengatakan mesti ada penumpang yang cedera parah.

Alhamdulillah, aku hanya mengalami luka kecil di tangan kanan sahaja. 

Apa yang aku kesalkan adalah sikap pemandu Cina yang menjadi punca kemalangan. Akibat pergaduhan antara couple (atau suami isteri), terjadinya adegan tarik menarik stereng sesama mereka lalu kereta yang dipandu gagal dikawal dan masuk ke jalan laluan aku. Sejurus sahaja kejadian, bukannya pasangan ini nak datang meminta maaf kepada aku dan uncle Cina yang langgar kereta aku sebelah belakang. Mereka lebih rela meneruskan adegan pujuk memujuk depan kami semua. Kesal dengan sikap mereka yang tidak bertanggungjawab.

Alih-alih, aku dengan uncle Cina yang kebetulan memandu berseorangan tidak mengalami kecederaan parah. Kereta Honda Civic mereka memang ada sistem keselamatan. Namun dari kesan perlanggaran tu, tidaklah 'sekeras' mana pun body kereta Honda, hancur bersepai juga. Itulah, jika dah kemalangan, body 'sekeras' mana pun boleh remuk.

Sekarang ni aku hanya tunggu claim insuran dari syarikat Etiqa. Agak cepat juga prosesnya. Nampaknya, kena angkat kereta lain pula lepas ni.

So, berjati-hatila. Aku lihat kawasan Jepalang, Kampar dan Bidor tu memang kawasan kemalangan maut. 

Selamat tinggal
Sempat bersembang dengan abang tow truck, aku tanyakan pada diorang kenapa runner bengkel cepat datang? Katanya mereka kena cepat untuk dapat customer. Kiranya berebut customer. Aku tanya banyak ke kemalangan setiap hari. Katanya adalah 10 kemalangan sehari dikawasan mereka jaga. huhuhu...Malaysiaku. Waktu kereta aku ditarik ke bengkel, siren ambulan, bomba dan polis banyak kali kedengaran sebab di waktu yang sama ada 3 kemalangan berlaku serentak.

Perghh....speechless.

P/S: Berhati-hatilah ketika memandu

1 comment:

  1. bhya nih..nti sampai kt jalan ni kena tolak la kete...hehe.. btw visit and follow me on shukranzahari.blogspot.com.. happy blogging

    ReplyDelete