Pages

agoda.com INT Lazada MY

GST. Sudahkah anda bersedia?

Tak sampai beberapa hari lagi GST atau Good and Service Tax akan dilaksanakan di Malaysia. 6% adalah nilai caj yang akan dikenakan terhadap semua urusan transaksi pembelian. Sejauh mana keberkesanan GST ini mampu menjadikan negara Malaysia ini maju masih tetap menjadi soalan yang perlu dibuktikan. Namun, jika pun dengan adanya GST ini jumlah lebihan kewangan negara meningkat, ianya serupa tiada makna jika pengurusannya masih ditahap yang sama. Seperti sekarang.

Maksud aku, penyalahgunaan wang negara, penyelewengan sumber dan kegiatan rasuah harus dibanteras terlebih dahulu. Bukannya apa, tiada guna kalau GST ini kelak hanya akan memanfaatkan golongan tertentu sahaja sedangkan rakyat biasa seperti di takuk yang sama sahaja. Itu yang paling aku risaukan tentang GST ini. So, selepas ini, memang nak tak nak kena berjimat. Paling aku tak paham adalah GST ini boleh dituntut semula kepada kerajaan terutamanya jika kita ini adalah peniaga. Tapi peniaga pula boleh kenakan GST kepada pelanggan dengan pelanggan atau pengguna tak boleh tuntut semula. So, nampak tak, the intention tu memang nak kenakan GST kepada pelanggan @ rakyat sahaja. Memangla eventually, peniaga tersebut adalah juga pelanggan kepada servis-servis tertentu.

Tapi dengan adanya networking dan pengetahuan dalam selok belok perniagaan, peniaga sebegini mungkin ada sedikit advantange untuk tahu mana produk yang boleh dapat dengan harga murah dan sebagainya. Kita yang pelanggan @ rakyat biasa ni nampaknya kena buat kajian juga la untuk tahu memilih. Hmm...macam complicated aku rasa GST ni.

Tapi jika benar kerajaan akan lebih berdaya saing dalam aspek menyediakan prasarana kepada rakyat selepas adanya GST ini, i will give it a benefit of the doubt. Terpaksa lo.... :P

No comments:

Post a Comment