Pages

agoda.com INT Lazada MY

Musim Haji Yang Dirindui

Telah tiba lagi musim haji. Hari Arafah dijangka jatuh pada hari Rabu. 23/9/15. Betapa bertuahnya Dyufurrahman. Dpt menjalankan ibadah rukun Islam yang kelima ini.

Kerinduan kepada musim ini sering menjengah. Teringat musim haji tahun 2013. Ah! Makin menebal rasanya keinginan hendak ke sana. InsyaAllah, jika ada rezeki, bolehla kesana lagi utk mengerjakan umrah atau haji.

Memang mendamaikan perasaan dijiwa bila berada di 2 tempat paling suci umat Islam itu. Langsung tidak fikirkan masalah duniawi. Hanya fikirkan ibadah fokuskan amal tingkatkan iman. MashaAllah. Itulah kelebihan mereka yang berada disana. Sudahlah ganjarannya berlipat kali ganda.

Kepada yang tak berkesempatan, jom kita puasa sunat hari Arafah. Mudah-mudahan mendapat ganjaran pahala sepertimana mereka yang mengerjakan haji. InsyaAllah. Kita hidupkan roh haji dalam diri. :)


No comments:

Post a Comment