Pages

agoda.com INT Lazada MY

Apartmen Desaminium Flora

Apartmen Desaminium Flora

Baru dapat call dari agen rumah yang katanya loan rumah telah diluluskan. Margin pembiayaan sampai 90%. Alhamdulillah.

Tapi agak terkilan bank kegemaran langsung tak ada feedback. Bank Islam. Sunyi sepi. Kata agen dah submit pada mereka. Alih2 Bank Rakyat yang approve. Terkejut jgk Bank Rakyat boleh approve loan utk askar.

Dulu masih aku ingat lagi diorg bukan main susah nak approve loan abg2 askar. Katanya high risk job. Tp itula, dalam keadaan ekonomi gawat macam ni, rekod CCRIS la yang menjadi sebab utama loan approve atau tak. Alhamdulillah rekod CCRIS aku mmg baik. Penyata '0' shj. Skrg bertambah susah utk tunjukkan rekod yg baik sebab pinjaman PTPTN yang belum terlangsai akan juga dimasukkan ke dalam rekod.

Sakit gak tu bila tgk angka melebihi 10 dalam CCRIS. Kronik. Tp apa nak buat? Pesan aku, eloklah ke mana2 pejabat PTPTN, berbincang dan buat pelarasan kemampuan jumlah bayaran setiap bulan. Jangan anggap perkara ini remeh, sebab nanti loan anda susah nak di approve. Fikirkan.


No comments:

Post a Comment