Pages

agoda.com INT Lazada MY

Rumah Sewa

Dah lama tak update blog ni akibat kesuntukan masa. Sibuk dengan urusan kerja. Semangat membara utk jadi blogger yang aktif sewaktu ketika dulu dah macam hampir terpadam. Haha. Tapi inilah update kehidupan aku sewaktu sekarang ini.

 

Keadaan ekonomi semasa ni mmg sedikit sebanyak mengubah cara orang berbelanja. Daripada keperluan harian kepada aspek kehendak. Semakin berhati-hati. Sekiranya kia dapat menguruskan kewangan dengan baik memang tiada masalah.

Dugaan yang aku sekarang cuba tangani adalah nak menyewakan 3 unit rumah sewa yang baru dikosongkan penyewa lama. Unit rumah di Sg Buloh Alhamdulillah telahpun ada bakal penyewa dan telah letak booking. Masalah dengan penyewa lama amat menjengkelkan aku. Sudahlah rumah tak dijaga, habis kotor satu rumah dek kemalasan penyewa yang sepatutnya tak berlaku untuk seseorang yang bakal bergelar doktor. Tapi itulah mentaliti masyarakat kita sekarang. Asal aku dah bayar dan bukan hak aku, aku punya suka nak buat apa sahaja.

Mereka tak tahu agaknya jika mereka jadi penyewa yang baik, aku pun tak teragak2 nak kurangkan kadar sewanya. Ape-ape pun perkara dah lepas dan telahpun terjadi. Selepas hampir RM 8k berhabis utk touchup balik rumah tu, masih ada penyewa dan permintaan masih lagi tinggi dikala ekonomi masih suram.  Sampai ke hari ini masih ada call dari mereka yang hendak menyewa.

Next projek aku akan ke Manjung melihat rumah yang satu-satunya diluar kawasan Lembah Klang, dibeli namun tak pernah diduduki. Kali ni penyewa amat baik dan very good pay master. Tapi sebabkan beliau bekerja di sektor Oil & Gas, sedikit sebanyak beliau tak dapat nak teruskan hidup mengikut keadaan sebelum ekonomi merudum. Terpaksa beralih profil dari menyewa rumah 2 tingkat ke apartment di daerah Manjung. Aku faham dan memang itulah lumrah bila jadi landlord ni. Lokasi rumah memang strategik, bersebelahan Hospital Manjung dan berhampiran dengan pejabat-pejabat kerajaan. Sekolah dan kedai memang in walking distance sahaja tapi itulah ibarat orang kata berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Aku hanya berharap penyewa yang ni dapat menyelesaikan masalah yang beliau hadapi.

Selepas tu, projek terkini adalah menyiapkan unit apartment di Sri Kembangan. Proses marketing dah dibuat. Memang tinggi permintaannya. Tapi rumah baru berpindah milik. Metet TNB masih belum ada. Unit cantik dan JMB yang effisien. Dalam kawasan guard dan aspek keselamatan memang dipercayai baik. Juga berdekatan dengan sekolah dan kedai-kedai untuk keperluan harian. Hopefully dalam masa 3 hari TNB dapat memasang meter dan unit akan ready utk menerima penyewa baru.

Lain-lain hal yang berkaitan adalah sedang menyiapkan proses renovasi rumah baru yang baru siap di Putrajaya. Tak sabar nak siapkan dan berpindah masuk segera. Bolehlah rumah yang diduduki kini dijadikan homestay semula. 

Penat memang penat. Ditambah kerja hakiki yang semakin bertambah. Anak semakin membesar. Namun terpaksala buat demi anak-anak juga. Property investment memang satu langkah untuk secure masa depan anak2. Terutama pendidikan. 

Walaubagaimanapun, Allah is the best perancang. Sebaik mana perancangan manusia pun masih perlu tunduk pada ketentuan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment