Pages

agoda.com INT Lazada MY

Luahan hati

Akhirnya tadi berkesempatan juga utk aku berjumpa dengan penyewa yang dah sewa rumah aku di Manjung hampir 3 tahun. Selama 3 tahun tu memang tak pernah aku jenguk. Faktor lokasi merupakan alasan utama.

Sedih juga aku bila berbual dengan dia. Dia ceritakan yang akibat kelembapan ekonomi negara, syarikat tak dapat job. Terpaksa sekarang ni kerja di  car wash utk tampung keperluan harian keluarga. Satu syarikat affected dengan keadaan semasa. Gaji tersekat-sekat. Syarikat terpaksa bayar half-half.

Ada gak yang buat bisness sewa stroller skrg ni. Macam-macam 😄
 

Tadi bila aku bagi deposit rumah pada dia pun nampak muka rasa sgt bersyukur. Bayangkan bagaimana nak tampung keperluan harian semasa. Beras, susu dan lampin pakai buang anak. Anak baru satu, kalau anak ramai bagaimana? Aku kalau terkenangkan bab tu aku memang sebak. Sebab teringatkan anak-anak aku. Adoi. Bila la semuanya nak kembali normal?

Apa-apa pun hidup mesti diteruskan. Aku sangat berterima kasih dengan penyewa aku yang satu ni. Kalau bukan sebab desakan hidup, memang aku tentu pilih dia utk tinggal dirumah tu. Antara penyewa yang hormat owner dan jaga rumah seperti dia punya. 

Ekonomi oh ekonomi. 


No comments:

Post a Comment