Pages

agoda.com INT TinyDeal INT Aliexpress INT TinyDeal INT Booking.com INT Lazada MY

Cuti untuk pekerja

Weekend ni weekend kedua berturut-turut cuti straight 3 hari. Last weekend cuti Isnin sempena pertabalan YDP Agong. Weekend ni cuti lajak ke Isnin sebab sempena Hari Pekerja. 

Seronok kerja di Malaysia ni. Banyak cuti. Tp kalau cuti tak buat apa-apa pun bosan jugak. Lebih baik pi je kerja. Al kisahnya, weekend ni dapat la close sale penyewa yang hendak menyewa rumah di Putrajaya. Alhamdulillah, penat mengecat dan berkemas berbaloi-baloi. At least aku tau rumah tu tak dibiarkan kosong dan ada hasil darinya. 

Untuk rekod, rumah ni paling laku keras. Kalah rumah aku di Sri Manjung. Betul. Aku hanya iklankan di FB je. Xsampai setengah jam bertalu-talu mesej whatssapp masuk. Byk yg nak booking. Ada yang paksa aku terima duit booking bila aku kata dah ada bakal penyewa tanya sebelum dia. Gila. Tapi tak mustahil sebab unit aku tu pun di Putrajaya. Sentiasa ada market. Lokasi. Lokasi. Lokasi.

Fasiliti serba lengkap dan kemudahan sentiasa memudahkan org-org di Putrajaya. Event-event menarik pun selalu dianjurkan. Cam event Breakfast Milo. Full tu lepas sehari dia open utk registration. Aku pun xsempat nak daftar. Terpaksa tunggu next year pulak.

So weekend yg pjg ni kalau xkemas-kemas rumah, tentu-tentu gi window shopping. Pada korang semua, happy weekend la ye 😎

No comments:

Post a Comment