Pages

agoda.com INT Lazada MY

Jualan Murah

Bila selesai je urusan pindah masuk rumah baru tersedar banyak benda tak diperlukan. Sebagai contoh buku-buku lama, baju-seluar lama dan semua yg duduk dlm kategori used or preloved.

Aku perasan campur aku dan isteri ada hampir 5 buah kotak textbook waktu zaman universiti dulu. Sekarang ni aku nak let go pada sesiapa yg berminat nal beli pada harga murah. Biasalah, buku medical line ni mmg mahal kalau beli baru. Sekadar nak buat rujukan dan additional input waktu nak jawab exam nnt bolehla beli.

Hari ni aku offer pada sesiapa khususnya kepada pelajar-pelajar jurusan Sarjana Muda Farmasi, Perubatan, Kejururawatan dsb untuk beli kalau-kalau berminat. Buku yang aku nak jual mula-mula ni tajuknya:

1. Handbook of Applied Therapeutics
2. 7th Edition
3. Author: Koda Kimble

Pada yg baru masuk jurusan kat atas tu for sure nama Koda Kimble akan meniti dibibir lecturer korang. Lejen tu. So, harga asal beli dari Syarikat Kamal berdepan dengan Hospital Kuala Lumpur tu RM 153. Sebabkan dah jadi super preloved aku just buka harga dari RM 50 shj. Tak termasuk caj pos. Berminat boleh whatsapp 013-3091748

Happy Reading guys!

 
 

No comments:

Post a Comment