Pages

agoda.com INT Lazada MY

Fadhilat Solat Sunat Tarawih Palsu : Benarkah?


Salam Ramadhan untuk semua pembaca yang mengikuti perkembangan blog Untuk Semua ini yang makin hari terasa banyak pula yang hendak diperkatakan atau dihebahkan. Tips kesihatan dah sedia ada untuk di publish beserta Ayat-ayat Motivasi. Tapi rasanya penulis terpaksa post kan entri ini terlebih dahulu sebelum ianya menjadi perdebatan yang tidak sihat.

Pada malam Ramadhan yang pertama, penulis mendapat satu komen daripada Saudara Night Walker berkenaan entri penulis sebelum ini berkenaan Kelebihan-kelebihan Malam Ramadhan. Komen beliau adalah tidak lain bahawa entri berkenaan adalah daripada Hadith yang tidak pun ada dalam hadis sahih mahupun Maudud (palsu). Benarkah? Jika tiada dalam hadih Sahih mana mungkin tiada dalam kitab hadis palsu. Habis tu, apa status hadis tadi? Baca sepenuhnya dengan hati yang terbuka.


Sebenarnya, penulis dah agak perkara sebegini akan terjadi memandangkan tiada fatwa dengan jelas menerangkan status sebenar hadis terbabit. Bahkan ada beberapa pendapat pula. Tetapi sedarkah kita bahawa dari kecil, penulis acap kali diberitahu akan kebaikan ini setiap kali bulan puasa oleh imam, ustaz ataupun sahabat handai di surau mahupun masjid. Adakah ini bermakna hadis ini benar sebab dari kecil perkara ini berulang2 timbul sebaik sahaja bulan ramadhan. Mengapa tiada badan/pertubuhan Islam melarang sekeras-kerasnya penyebaran hadis itu?

Untuk itu, di bulan yang mulia ini..penulis menjengah Laman Web JAKIM sebagai panduan permasalahan yang timbul ini. (Sebenarnya masuk website JAKIM tu nak print Takwim Waktu Berbuka dan Imsak). Berikut adalah soalan dan jawapan berkenaan status hadis tadi --à

            Soalan :         Adakah benar fadhilat menunaikan tarawih adalah
palsu?
Jawapan :     Hadith-hadith berkaitan dengan fadhilat tarawih adalah palsu belaka. Oleh itu kerjakanlah solat sunat tarawih dengan ikhlas kerana Allah s.w.t (SUMBER)



Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa hadis tadi adalah palsu dan bukannya palsu bukan sahih pun bukan.

Ok, berbalik kepada persoalan mengapa tiada badan agama yang dengan jelas dan keras membantah atau mengeluarkan fatwa bahawa hadis terbabit palsu dan tidak boleh diedarkan untuk khalayak umum sejak dari dulu lagi, penulis nak mengajak pembaca faham apa itu pengertian fatwa mengikut tafsiran pihak JAKIM.




Apa Itu Fatwa?


Definisi Fatwa

Pada bahasa ia diambil daripada afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan.

Dari Segi Istilah

Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya:

  1. Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya.
     
  2. Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.


Jika pembaca nakkan maklumat lanjut, sila klik pada word sumber tadi.

Ok, selepas ini wajar kita tahu siapa yang menganggotai Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (atau Jawatankuasa Fatwa MKI) dan Jawatankuasa Fatwa Negeri.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

(Sumber) ß-Klik Sini


Dah faham serba sedikit tentang definasi fatwa dan kenal mereka2 yang menganggotainya, kita try cek apa yang ada dalam soalan2 lazim berkenaan fatwa dan mereka ini.

S: Apakah Status Keputusan Fatwa Kebangsaan?
J: Keputusan/ pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bukan fatwa mengikut peruntukan undang-undang. Ia merupakan pandangan hukum terhadap sesuatu isu yang dibincangkan dan ia merupakan keputusan bersama sesama Mufti dari setiap negeri yang menganggotai Jawatankuasa tersebut. Keputusan/ pandangan tersebut tidak mengikat negeri-negeri, tetapi sebaliknya ia hanya boleh dikuatkuasakan di peringkat negeri jika negeri berkenaan mengambil tindakan atau menerima pakai keputusan/ pandangan tersebut mengikut kaedah pembuatan/ pengeluaran fatwa negeri masing-masing. (Sumber) ß-- Klik Sini


Pulak dah, keputusan bukan fatwa dan hanya pandangan hukum sahaja. Abis tu apa jadi dengan hadis tadi dan jawapan yang diberikan sebelum ini?

Jika pembaca perasan ayat ini . Keputusan/ pandangan tersebut tidak mengikat negeri-negeri, tetapi sebaliknya ia hanya boleh dikuatkuasakan di peringkat negeri jika negeri berkenaan mengambil tindakan atau menerima pakai keputusan/ pandangan tersebut mengikut kaedah pembuatan/ pengeluaran fatwa negeri masing-masing.  Ini yang kita selalu bertanya kenapa negeri Perak diharamkan tarian Poco-poco tetapi negeri lain tidak. Ini disebabkan hanya Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang mengeluarkan fatwa tersebut dan ianya hanya mengikat Negeri Perak sahaja, tidak yang lain. So, ini sebabnya. Mengapa tidak diselaraskan? Tidak terkelirukah masyarakat umum? Biarlah pentadbir negeri, negara dan alim ulama yang berhujah tentang perkara ini. Tapi, bagi pendapat penulislah, alangkah baiknya jika semua hukum atau pandangan daripada alim ulama ini diselaraskan supaya umat islam tidak terkeliru dan mengelakkan dari munculnya pendapat2 berdasarkan logik akal tanpa di dasarkan kepada hukum agama.

Penulis nak menarik perhatian pembaca budiman sekalian, jika pembaca baca petikan ini, pembaca mungkin akan tersedar dan perasan bahawa ianya ada ditayangkan di TV3 sebagai tazkirah bila masuk waktu solat.

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan  sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Petikan tersebut diambil dari Blog Night Crawler (sumber) tapi penulis tak pasti dimana ianya diambil dan dipetik oleh saudara berkenaan. Mungkin dari pejabat Mufti Terengganu (Sumber) ß-Klik Sini .


Pernah dengar atau perasan tak yang dosa meninggalkan solat zohor dan Maghrib adalah seperti berzina dengan ibu sendiri di TV3? Pernah bukan. Persoalannya, mengapa tayangan tersebut masih ada hingga kini? Kenapa tidak diharamkan terus dari ditayangkan? Adakah sebab dengan menayangkan ayat terbabit, akan lebih ramai umat islam bersolat daripada tidak ditayangkan? Mesti ada sesuatu alasan berkenaan perkara ini. Apa jua alasannya, diharapkan agar ianya baik hendaknya.

Berbalik kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa yang menyataka bahawa keputusan yang dikeluarkan bukan fatwa tetapi hanya pandangan hukum dan ianya tidak terikat pada mana-mana negeri jika negeri terbabit tidak terlibat. Dalam kes ini adakah Mufti Terengganu mengeluarkan fatwa terbabit untuk negeri Terengganu sahaja? Sudah tentu untuk negeri Terengganu kerana ianya diikat dengan fatwa terbabit. Maka, umat islam di negeri Terengganu sahajala yang kena ikut. Bagaimana negeri lain? Mengapa petikan hadis tentang solat tadi masih ditayangkan di TV3 seluruh negara?

Sebelum penulis memberi jawapannya, suka hendak penulis bawa para pembaca mengimbau kenangan lampau tentang cara ibu dan ayah kita mendidik kita melakukan ibadah. Jika dulu waktu kecil2, jika liat berpuasa, mak ayah akan cakap nak duit raya kene penuhkan puasa di bulan ramadhan, atau tak dapat nak makan sekali dengan orang yang berpuasa. Contoh2 lain bergantung kepada pengalaman pembaca sewaktu kecil dulu. Mesti ada sesuatu yang dinyatakan samaada kebaikan (Cth: dapat duit) atau ancaman (Cth: masuk neraka—untuk menakut-nakutkan) kita supaya kita melakukan ibadah. Jika tentang kelebihan bulan ramadhan tadi dipertikaikan, mungkin ibu bapa takde alasan nak bagitau kat anak2 tentang kebaikan mengerjakan solat sunat tarawih yang mungkin meletihkan untuk kanak2. So, mungkin anak2 tadi tidak bermotivasi. Sebenarnya, penulis sedar dari dulu pun penulis agak susah nak beribadah waktu kecil, yerla lebih baik main kat luar masjid ngan rakan2 daripada bersolat, tapi makin hari makin besar dan makin boleh berfikir, penulis rasa dan automatiknya berniat bahawa bersolat terawih kerana ianya adalah tuntutan dan bukannya kerana balasan2 yang mungkin ada atau tidak sebabnya ianya urusan Allah s.w.t. Secara tidak langsungnya, kita tidak akan mempersoalkan itu dan ini bila dewasa sebab dari kecil dah dilatih (walaupun tak ikhlas) dan biasa melakukannya. Cuma bezanya adalah niat ketika kecil dan dewasa itu mungkin berbeza sahaja. Sebagai ibu bapa, kita kene juga terangkan yang mana sepatutnya dilakukan dan sebab apa dan bukannya balasan2 tadi. Jika ada anak2 yang dari kecilpun ikhlas melaksanakan tuntutan solat sunat tarawih secara ikhlas, maka alhamdulillah. Jika tidak, mungkin perkara seperti ini akan berulang2 sampai ke akhirnya.

Oleh hal yang demikian, penulis rasa mungkin ini adalah alasan mengapa TV3 tidak menarik tayangan tazkirah solat tadi dan mengapa tiada badan agama islam dengan jelas mengharamkan atau melarang pengeluaran artikel tentang kelebihan malam ramadhan itu tadi. Tetapi yang jelas, hadis tadi adalah palsu dan negeri Terengganu terikat dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Negeri Terengganu. Mungkin ada negeri2 lain yang keluarkan..hanya Allah yang tahu.

Dan yang paling penting, artikel yang penulis siarkan tentang kelebihan malam ramadhan tadi bukannya nak mengajak pembaca mempercayainya 100%. Perasan  x disclaimer ini.




p/s: Rasanya pembaca jelas dengan apa yang penulis nak sampaikan. Sila dapatkan bukti2 yang sahih sebelum mempercayai sesuatu. Tujuan blog ini adalah untuk perbincangan ilmiah untuk kebaikan bersama. Sebarang komen dan pandangan boleh dikemukakan di ruangan komentar. Tiada juga niat penulis nak counter secara tidak baik kepada Saudara Night Walker bahkan penulis berterima kasih kepada beliau kerana sudi jengah dan ignite percarian jawapan terhadap persoalan yang timbul. Terima kasih sekali lagi.

14 comments:

  1. mekaseh untuk info.. smlm zura pon de wat tentang fadhilat solat tarawih tu.. nasib bail ada yang tegur

    ReplyDelete
  2. Sama-samala kita belajar dari kebaikan yang ada.

    ReplyDelete
  3. baru nak buat entry pasal fadilat ni jugak, kononnyer untuk berkongsi dengan semua,huhuhuhu.nasib baik -..-

    ReplyDelete
  4. tula.. banyak benda yang zaman sekarang ni kita x tahu mana yang benar mana yang salah.. sampai takut tersalah.. dan sume benda orang dah ambil mudah.. contoh.. boleh ke mcm ni.. nnt mesti ada yang jawab boleh "kot".. terima kasih banyak2 untuk info ni

    ReplyDelete
  5. Lizz: Nasib ek. Lain kali kene cek kat JAKIM benda yang musykil ni. Sekarang ni mcm2 boleh terjadi. Cuba cek dengan ustaz jugak kat tempat khairiah lizz..Kut2 diorang ada pendapat yang berbeza.

    ReplyDelete
  6. Azura : Zaman sekarang ni mmg byk cabaran. dakyah2 pun byk.. ada org kata konspirasi yahudi la dan byk lagi..yang ptg kita jaga diri kita dulu dengan pelihara iman.

    ReplyDelete
  7. dah pasti lah kan sekarang. saya pon tak arif sangat pasal hadith2 ni. baguslah saudara night walker tu menegur. kesimpulannya kita kena pastikan dulu lah sumber hadith ni semua. takut menyebarkan benda yang tak betul pulak. takpe. belajar dari kesilapan. :)

    ReplyDelete
  8. thx bro atas penjelasan atas, sy trlps pndg nota kecil saudara dibwh entri trsbt, skranya dijadikan galakan utk mengerjakan terawikh dsbbkn fadhilat trsbt tnp memepercayainya , tiada masalah dgnnya.

    tp apa yg saya ingt semasa bljr dahulu, tak boleh beramal atau menyebarkan hadith palsu. kecuali la hadith dhaif hassan, msih lg boleh beramal dgnnya. tp bkn utk berhujah.

    beginilah saya akan cuba dapatkan penjelasan dr ustaz yg sya kenal berkenaan hal ini, sbb perkara ini boleh mybbkn kekeliruan dikalangan umat islam.


    Jazakallah khayran ya akhi.^^

    ReplyDelete
  9. izzati liyana: Yup, memang itu yang sebaik2nya. bukan kita hentam sesama muslim. Jika ada pencanggahan pendapat hendaklah berbincang dan bermuzakarah terlebih dahulu. Sebab di zaman kita tiada nabi utk menentukan mana yg benar dan tidak.

    ReplyDelete
  10. Saudara NightRoad : Dialu-alukan jika ada pendapat lain. Tujuan kita disini utk mencari apa yang terbaik buat semua. Mungkin saudara lebih arif dalam hal ini. Apa yang saya nyatakan adalah dari bukti yang terang-terangan ada disekeliling kita. Mungkin saya kena belajar ilmu hadis dgn lagi mendalam. InsyaAllah

    ReplyDelete
  11. salam..terima kasih tentang info neh...

    diri ini juga kekurangan ilmu..takoot jugak kalau ada salah n silap..

    ReplyDelete
  12. ila: masing2 ada kelemahan. sesama kita atasi bersama

    ReplyDelete
  13. betul-betul. jangan main hentam-hentam. daripada tujuan nak menyampaikan kang dah jadi lain pulak. bagus discussion ni. :)

    ReplyDelete
  14. salam saudara, sy dh ajukan bnda ini trhdp bbrp org yg arif, mudah shj kesimpulannya dilarang beramal, berhujah atau menyebarkannya kerana ia hadith maudu' yakni hadith palsu
    walaupun niatnya baik utk menggalakkan org islam berpuasa...
    tak perlukan fatwa dr mana mufti berkenaan hadith ini, sbb syarat beramal berhujah dgn hadith mstlah hadith tu bertaraf sahih, hassan atau yg sama waktu dgnnya...^^

    ReplyDelete