Pages

agoda.com INT Lazada MY

Kelebihan Malam-Malam di bulan Ramadhan

Entri kali ni nak ingatkan kembali kebaikan yang mungkin kita dapat sewaktu melakukan solat sunat terawih bulan Ramadhan. Selamat Berpuasa semua!


KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TERAWIH

          Diriwayatkan oleh Saidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan:

Bil. Malam
Fadhilat (kelebihan)
Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.
Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W
Malam 10
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di- akhirat.
Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)
Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dengan keburukan.
Malam 14
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16
Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan kedalam Syurga.
Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.
Malam 18
Seru Malaikat :  Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).


Bil. Malam
Fadhilat (kelebihan)
Malam 19
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya didalam Syurga Firdaus.
Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).
Malam 23
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada  malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmusqim seperti kilat menyambar.
Malam 28
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepada 1000 darjat di akhirat.
Malam 29
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji mabrur.
Malam 30
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama ‘Al-Kauthar’”.

p/s: Dapat atau tak ganjaran yang dinyatakan adalah urusan Allah S.W.T. Kita sebagai umat hanya berusaha ke arah yang lebih baik sahaja. Jgn dipikirkan sgt ganjaran tu. Takut niat tak ikhlas jadinya. InsyaAllah.

4 comments:

  1. insyallah akan dikutip segala kelebihan ramadhan

    Dian Sastro Dapat Anak

    ReplyDelete
  2. insyaAllah, akan berteraweh sama nanti -..-

    ReplyDelete
  3. Salam Bro, sry bro, ni hadith palsu yg direka2x. lgsg x wujud hadith ni dalam mana2x kita even kita hadith maudu' pun.

    http://h2o007.blogspot.com/2011/07/hadith-palsu-tentang-fadhilat-tarawikh.html..

    ReplyDelete