Pages

agoda.com INT Lazada MY

A Trip To Terengganu

Aku rasa agaknya boleh dibilang dengan jari berapa kali aku jejakkan kaki kat tanah Terenggan Darul Naim.. Seingat aku sebelum aku kahwin sekali je la aku jejakkan kaki ke negeri pantai timur tersebut. Itupun sebab aku g Tasik Kenyir dengan famili  time aku budak hingusan lagi. Aku pun dah tak ingat umur aku ketika tu. Sekarang bila dah kahwin ni, rasanya adala dalam 2 kali..hahaha..Yup! yang pertama time cuti raya aidilfitri 2010 n terbaru ni beberapa hari yang lepas.. menghadiri kenduri kahwin saudara belah isteri.. ape2 pun aku enjoy dapat spend masa ngan famili walaupun penatnya tuhan jerla yang tau..maybe sebab tak biasa drive ke sana.. rasa mcm jauh je..tp bila pikir2 balik takdela jauh sgt..adala sama jarak aku travel dari Muar ke Perlis dulu. Bagi aku Terengganu ni xlah teruk mana, makanan sedap, orangnya ramah dan yang paling penting ada Pasar Payang yg menjadi tempat pasti tuju jika datang ke sini.. Jom tgk sekeping dua gambar waktu berada disana.

* Alamak, mak pejam mata pulak.

 * Haa..baru ok. Kat Sekitar Kuala Terengganu
 *Aliya kat Annexe Rest House Kuantan
* Baik punya posing nampak aliya

Macam yang semua tau, perjalanan ke KT mmg agak jauh.. bila nak balik pun jarak perjalanan tu tetap tak berbeza.. tapi aku seronok sebab dapat jalan g Kerteh, 1st time tgk Petronas Plan kat situ.. Mesra Mall... mantap, tetiba je ada kat tepi jalan siap ada Cinema, Indoor Futsal court n mcm2 lagi.. Ape2 pun.. A trip to Terengganu kali ni mmg best...sebab dapat spend masa ngan my famili. Next trip nak g mana ek.. Ada pape cadangan x?

No comments:

Post a Comment