Pages

agoda.com INT Lazada MY

JOM JOIN KEMPEN TAKNAK ROKOK (Part 1)


Berhenti Merokok (Part 1)



Salam pada pembaca semua. Agak lama tak update entri. Macam biasa sibuk dgn tugas harian. Kali ni penulis nak share dan ajak pembaca yang mana merokok supaya berhenti merokok dan yang mana tak merokok, jgn cuba start! Dan yang paling penting sama2 kita manfaatkan ilmu berkenaan tabiat merokok ini k.
Sebenarnya, ramai yang dah tahu fatwa merokok itu haram tetapi mcm yang pernah penulis huraikan tentang fatwa tempoh hari, mungkin ada dikalangan kita yang merokok dengan pandangan bahawa itu fatwa kat negeri tertentu je. Ahaks.
Sebenarnya banyak kebaikan berhenti merokok ni antaranya adalah :
a)     Pernafasan anda akan bertambah baik. Senangla nak hirup udara segar tanpa rasa susah.
b)     Stamina anda juga boleh ditingkatkan sekiranya anda berhenti merokok. Sebabnya lebih oksigen dalam peparu anda seterusnya darah anda. Byk Oksigen dalam darah maka banyakla tenaga boleh dicetuskan.
c)      Sudah semestinya anda lebih sihat.
d)     Mungkin lebih diterima masyarakat. Yela ada yang kata perokok ni busuk. Hehehe
e)     Mengurangkan bahaya merokok pada kesihatan anda.
f)        Anda juga boleh melindungi persikaran dengan tidak menyumbang/menambah lagi udara kotor di udara kita yang sudahla tak berapa nak bersih ni.
g)     Yang Paling Penting adalah MENJIMATKAN WANG!!.. Kerajaan akan naikkan faedah rokok tau saban tahun.. Hahaha. Eloklah berhenti.

Tetapi awat susah na nak berhenti merokok ek??

Banyak faktor yang boleh buat anda susah nak berhenti merokok seperti:
a)     Anda sudah ketagih disebabkan nicotine yang banyak dalam tembakau rokok anda.
b)     Anda rasa anda cool dengan merokok. Ye ker?? Tak rasa pun anda cool.
c)      Dah jadi habit anda untuk ingin merokok atau anda rasa serba tak kena bila tak merokok.
Cuba tgk, faedah berhenti lebih banyak dari kebaikan anda merokok!!
Petua mengatasi keinginan merokok.
  • Tarik nafas panjang
  • Minum air
  • Membuat kerja lain
  • Mengunyah sesuatu (seperti gula getah)
  • Mandi
  • Ambil Wuduk dan Sembahyang

Fakta Yang Perlu Perokok2 tahu!!
  • Seramai 8,000 perokok diseluruh dunia mati setiap hari akibat penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.
  • Untuk mengekalkan keuntungan, industri tembakau perlu mencari perokok baru bagi menggantikan mereka yang telah mati.
  • Usia muda merupakan sasaran yang tepat.
  • Sekiranya remaja mula merokok, peluang untuk mereka terus mengekalkan tabiat merokok sehingga dewasa adalah tinggi.
Apakah matlamat industri tembakau?
Menipu dan memutarbelitkan masyarakat supaya merokok. Terutamanya kanak-kanak dan belia. Belia yang ketagihan merokok, akan menggantikan perokok dewasa yang telah berhenti merokok atau meninggal dunia.
Bagaimana industri tembakau mempengaruhi anda supaya merokok?
Strategi industri tembakau adalah seperti berikut :
  • Lebih matang dan dewasa
  • Canggih
  • Riang
  • Bergaya
  • Tenang
  • Diterima ramai
Menjadikan rokok :
  • Mudah diperolehi
  • Boleh dibeli dengan harga yang murah
  • Boleh dibeli dengan satu batang rokok sahaja
Meyakinkan bahawa rokok boleh membantu anda :
  • Menikmati keseronokan yang lebih
  • Merasa lebih tenang
Menyembunyikan fakta sebenar bahawa rokok :
  • Mendatangkan ketagihan
  • Membahayakan kesihatan anda
  • Menyebabkan kematian lebih awal dari sepatutnya
Melalui promosi rokok, menarik belia menghadiri :
  • Konsert / panggung wayang
  • Majlis / perjumpaan sosial
  • Papan iklan
  • Media bercetak/ media elektronik
Bagaimana untuk mengelak dari dipengaruhi industri tembakau?
Jika ya, anda perlu memperkasakan diri anda
  • Bagaimana?
  • Disini, disenaraikan kaedah bagaimana menyalurkan kemarahan anda
    • Jadilah penggerak "Anti-Tembakau" di kalangan remaja
    • Suarakan pendapat anda
    • Ketahuilah, sekiranya anda bersatu menentang pengaruh industri
    • Berinteraksilah atas talian (on-line)ß- Ini yang penulis cuba lakukan.
Mengapa tembakau dan merokok menjadi isu utama?
  • Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya
  • Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun. Mak Aih!!! Banyak GILA!
  • Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah
Apakah jenis-jenis bahan merokok dari tembakau?
Merokok boleh dalam bentuk berikut :
  • Rokok
  • Cerut
  • Tembakau paip
  • Seesha
Adakah terdapat data mengenai kesan merokok di Malaysia?
  • Lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perokok
  • Lebih kurang 20% remaja adalah perokok
  • 85 % remaja akhirnya menjadi ketagih kepada rokok
  • Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok 
Apakah yang menyebabkan ketagihan rokok?
  • Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain
  • Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan
  •  
Bersambung.......

2 comments:

  1. tu la pasal.. tembakau di benarkan..
    rokok pulak di jual berleluasa...

    ReplyDelete
  2. itula pasal, budak2 yang baru sekolah pun dah pandai hisap rokok sedangkan taukeh rokok dari yahudi sendiri tak hisap rokok

    ReplyDelete