Pages

agoda.com INT Lazada MY

Antibiotik perlu dihabiskan faham??

Salam to US readers, korang pernah tak mengalami demam?? Sure pernah kan. Ok, bila dah demam mestilah datang berjumpa doktor di klinikkan?? Apa yang doktor berikan kebiasaanya? Panadol? Antibiotik untuk bunuh kuman?? Mesti adakan?

Ada tak Peg Farmasi atau doktor anda nasihatkan anda supaya menghabiskan antibiotik anda walaupun demam anda dah kebah?? Jika ada anda tahu kenapa??
Ingat!! habiskan antibiotik anda dan jangan degil!

Ada ramai pesakit yang tidak faham kenapa antibiotik ini perlu dihabiskan. Kebiasaanya, antibiotik tidak diperlukan jika anda baru demam 2 3 hari. tetapi antibiotik mungkin diperlukan sekiranya demam anda tidak kebah2 dan baik setelah 2 minggu atau lebih. Ini adalah kerana kemungkinan anda demam disebabkan jangkitan kuman. Jika ianya hanya virus, sistem immunisasi badan anda berupaya untuk membunuhnya dalam jangkamasa  2 minggu dari hari yang anda mula demam.

So, kenapa perlu dihabiskan antibiotik tu ya? Jawapannya ialah setiap dos rawatan antibiotik perlu dilengkapkan supaya kuman@bakteria yang menjangkiti badan anda telah dibunuh kesemuanya dengan dos yang lengkap. Jika anda berhenti mengambil antibiotik setelah anda rasa anda telah sihat, anda mungkin tersilap, jika bakteria yang menjangkiti badan anda tidak dibunuh kesemuanya, mereka akan bermutasi@berubah menjadi kebal dengan antibiotik yang anda ambil. Oleh hal yang demikian, anda perlu pastikan dos antibiotik yang diberikan mestilah dihabiskan walaupun anda rasa anda telah sihat. 

Nasihat ini hanya untuk antibiotik ya. 

4 comments:

  1. ala aritu mak dpt CMC utk mata merah tu, mak tak abiskan pun..ahaks

    ReplyDelete
  2. ni utk makan la. yang sapu tak dikira

    ReplyDelete
  3. antibiotik mmg wajib dihabiskan tapi itulah, doktor tak beritahu sebab2 nya. jadi ramai yg ingat mende ni xikut pun xper

    ReplyDelete
  4. betul, nanti bac. jd lbh resistant, so 2nd time u all mkn d same antbtk da xde efek.my son pun xcukup dos coz tertumph antbtk die, xlama he got fever and swollen gland kat leher.this time infection lebih kuat,so doc jab antbtk n ade yg kena minum jgk.so ingat, abiskan antbtk otherwise getting worst.

    ReplyDelete