Pages

agoda.com INT Lazada MY

Gynaecomastia I Payudara@Buah dada lelaki



"Di Malaysia kes kanser payudara dalam kalangan lelaki tidak disebarkan sebagaimana kes kanser payudara wanita. Mungkin mereka malu kerana penyakit ini selalunya hanya menyerang wanita.
"Kebarangkalian untuk ia menyerang kaum lelaki hanya satu daripada seratus lelaki tetapi, risiko itu tetap ada," jelas doktor berkenaan yang juga Pakar Bedah Endoktrin dan Konsultan Payudara, Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Dr. Harjit Kaur.  Petikan dari Kosmo!

Pernah tak lihat lelaki yang mempunyai payudara yang lain dari yang normal. Maksud lain disini adalah payudara yang seakan-akan payudara perempuan atau adanya ketumbuhan yang tidak normal. Ada pelbagai jenis gynaecomastia. Sila lihat ini.
Asymmetric Gynecomastia.

Gynecomastia in Bodybuilder

Adolescent Gynecomastia

Gynecomastia with Liposuction

Impending Gynecomastia,Puffy Nipples

Bulan Oktober adalah bulan kesedaran kanser payudara. Jika anda sempat lihat Malaysia Hari Ini pada 24 Okt 2011 yang lalu ada membincangkan kanser payudara ini bukan hanya dikalangan wanita bahkan dikalangan lelaki. So, entri kali ini lebih menjurus ke arah kanser payudara lelaki disebabkan golongan inilah yang tidak mempunyai kesedaran berbanding golongan wanita.

Sebelum kita berbicara soal kanser payudara di kalangan lelaki, elok juga kita faham takrifan Gynaecomastia ini.

Apa itu Gynae- co – mas-tia?

Ia adalah pertumbuhan Kelenjar Mammary (Mammary Gland) yang tidak normal yang akhirnya mengakibatkan pembesaran payudara. Jika dikalangan wanita pertumbuhan payudara ini adalah normal berikutan mereka ada hormon estrogen yang akan bertanggungjawab membentuk cirri-ciri seks sekunder dikalangan wanita. Ada laporan mengatakan golongan lelaki juga mempunyai hormon ini tetapi dalam jumlah yang amat sedikit. Hormon testosterone pada lelaki akan bertanggungjawab membentuk cirri-ciri seks sekunder seperti bermisai, sasa, ketinggian , suara dan sebagainya.

Adakah ianya Normal?

Anda tidak perlu bimbang jika ianya berlaku pada peringkat akil baligh kerana ianya agak normal kerana kebanyakkan remaja lelaki akan mengalami perkara ini. 90% saiz payudara anda akan beransur turun dalam tempoh jangkamasa 1 hingga 3 tahun pembesaran tubuh badan anda.

Bagi mereka yang gemuk pula, keadaan dimana payudara membesar memang agak biasa kita Nampak, namun ianya adalah disebabkan oleh kumpulan lemak di dada.  Agak sukar nak tentukan lemak atau tisu buah dada namun tisu buah dada adalah lebih pejal. Sekiranya payudara membesar disebabkan tisu buah dada, maka ianya dikenali sebagai Gynaecomastia.

Ada dikalangan kita yang sengaja mengimpikan payudara. Seperti contoh golongan transesksual. Kebanyakan buah dada yang terhasil adalah disebabkan pengambilan hormone estrogen. Perkara ini amat bertentangan dengan ajaran Islam dan perlu dihindarkan.

Ada juga yang mengalami pembesaran payudara ini disebabkan kesan sampingan ubat seperti Resperidone (sejenis ubat psikiatrik) yang diambil dan ada juga disebabkan oleh penyalahgunaan dadah seperti heroin dan ganja.

Perlu berjumpa dengan doktor ke?

Perlu sekiranga anda mengalami simptom-simptom ini:
- Memdapati buah dada membesar dengan agak cepat sebelum peringkat akil baligh.
- Mendapati ada cairan mengalir keluar samaada susu, cecair atau darah.
- Sudah berusia 16 tahun tetapi masih mempunyai saiz payudara yang tidak normal.
- Bila anda berasa bimbang dan malu.

Pertumbuhan yang berlaku pada tisu-tisu payudara secara tidak normal akan menyebabkan kanser dan ianya berbahaya kemungkinan tisu-tisu ini boleh merebak ke salur darah dan membiak ke kawasan lain dan akhirnya akan mengakibatkan kanser lain. So, kesedaran terhadap pentingnya menjada diri sendiri amatlah penting supaya hidup kita tidak dihurungi perasaan malu dan menyesal.




Klik gambar utk dibesarkan

Berlanjutan dengan itu, elok jugalah saya selitkan dengan aktiviti sukarela anjuran Majlis Kanser Nasional (MAKNA) yang telah lama saya sertai. Sekiranya anda berdekatan dengan kawasan yang mereka anjurkan kempen, pergi dan dapatkan maklumat tentang kanser ini. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda sekeluarga.

2 comments:

  1. hahahaha!terkejut ingatkan gaambo 1st tu girl punya. wakakaka.

    ReplyDelete