Pages

agoda.com INT Lazada MY

Impian aku

Kalau kita bercerita tentang impian dan cita-cita dalam kerjaya memanglah mudah, yang susahnya macam mana kita nak realisasikannya. Apa impian anda dalam kerjaya anda?
Aku mempunyai impian yang agak menggunung sebenarnya. Nak tau? Macam yang ramai dah tau, aku seorang Pegawai Farmasi. Ramai orang akan kata, gaji seorang Pegawai Farmasi batch aku ni dah cecah RM 5k, apa yang kau hendak lagi? Bagi aku.. Yes aku akui gaji seorang Pegawai Farmasi seperti aku ini memanglah baik. Cuma korang kena beringat yang gaji bersih tak semestinya RM 5K. Lepas tolak hutang2 di alam dewasa ni adalah sejemput nak lepaskan hidup bernafas selama sebulan. 
Berbalik kepada cita-cita tadi, short term goal aku adalah nak melanjutkan pengajian ke peringkat master di USM. Dan memang aku akan pergi 2013 ni dengan biasiswa Kementerian Pertahanan. InsyaAllah. Doakan aku. Sebab kenapa aku nak lanjutkan pengajian adalah aku sukakan ilmu. Tak kisahla ilmu apa, kalau aku tak ingat pun, at least aku dah pernah terdengar atau belajar ilmu tersebut. Jika kerajaan bagi elaun klinikal untuk Pegawai Farmasi macam aku nanti, itu adalah bonus untuk Clinical Pharmacist.
Cuma, sekarang elaun klinikal hanya diberi kepada doktor pakar yang jumlahnya jika tidak silap RM 1k or lebih. Disebabkan laluan kerjaya Pegawai Farmasi mengikut time based, dijangkakan tidak ramai Pegawai Farmasi yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Master.
Yerla, tak payah belajar pun tetap akan naik gred gaji. Jika dulu, antara kelayakan untuk naik pangkat adalah kena ada Master. So, hopefully kerajaan mengadakan elaun klinikal tersebut supaya Pegawai Farmasi bersemangat menyambung Master in Clinical Pharmacy.
Ok, selepas itu apa pula aku nak buat, bila dah ada master, aku dah boleh mengajar, rate untuk pengajar sambilan adalah RM 200/sejam. So, kat situ je pun dah boleh buat side income nanti. Dapat pulak nanti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia akan buka Fakulti Farmasi untuk ijazah dan diploma. Walaupun aku kerja di hospital, dah tentu aku akan berpeluang mengajar sebab aku suka bila lihat orang lain berjaya atas usaha pengajaran aku. Itu adalah impian aku sebagai seorang Pegawai Farmasi. Sebagai blogger apa pula??
Ya, aku berimpian nak majukan blog ini sedikit demi sedikit walaupun aku agak lambat mengetahui potensi blog ini. Aku harapkan blog ini sedikit sebanyak dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada pembacanya. Walaupun sikit, itu sudah cukup sebagai bekal aku di akhirat jika ilmu yang pembaca dapat baik. Sedikit demi sedikit jika blog ini semakin matang dan ramai pengikut, seperti biasa, aku juga nak try buat servis pengiklanan seperti blog otai yang lain. Teringin nak buat e-book berkenaan penjagaan kesihatan terutamanya berkaitan ubat-ubatan dan secara ekslusif akan aku jual e-book2 tersebut. Dengan adanya Master tu nanti, bolehlah aku compile kan panduan yang bernas dan ringkas untuk pembaca. 
Apabila aku sudah tua sedikit, aku mengimpikan perniagaan rangkaian farmasi rantai seperti Guardian, Watson dan sebagainya. Itulah sebenarnya tujuan utama(long term) blog ini  di tubuhkan, untuk jual brand pharmalif supaya diketahui umum dan secara tak sedar sudah ada promosi dari sekarang untuk pembukaan rangkaian farmasi yang akan diberi nama Pharma-life. Haha..berangan je. tapi xsalahkan berangan. Tun Mahathir pun suruh kita berangan. Tapi yang baikla. 

Macam motto@ tag line HONDA 'The Power of Dreams'

Huwarghhh!!! Ngantuk la.. tdo dulu. Nite 

3 comments:

  1. pelahan2 naik lagi bagus dari cepat naik.. moga tercapai semua impian , dulu saya berazam cengginilah .. mula2 nk initty dah dpt hehe .. sekarang nak income initty riban2 belum dapat , pelahan2 mesti boleh

    ReplyDelete
  2. nak tanya sikit, haritu terjumpa artikel yang pharmacist kat malaysia ni dah terlampau ramai. betul ke? saya bercita-cita jugak nak jadi pharmacist tapi takot susah dapat kerja pulak nanti. mmg lepas degree confirm dapat kerja ke?

    ReplyDelete
  3. yup, dalam keadaan semasa ni memang betul. Tapi masih sedikit untuk nisbah seorang farmasi dengan penduduk. Ini isu pendek je pinky. saya terjah blog pinky n dapat tahu umur pinky baru 18 tahun, masih muda. Tetapkan cita-cita tu. InsyaAllah, lepas grad jd pharmacist nanti, akan ada kerja. Sekarang ni Pharmacist senang dapat kerja. Jgn bimbang. :)

    ReplyDelete