Pages

agoda.com INT Lazada MY

Restoran Chef Noodle House

Kaunter Pembayaran

Entri ni khas untuk sesiapa yang nak datang Manjung or Lumut untuk habiskan masa bercuti atau bersiar2 hujung minggu atau musim cuti. Ada satu restoran yang US nak rekomen anda semua singgah dan merasai makanan kat situ. Nama restoran tu seperti tajuk entri ni.

Sebab penulis rekomen adalah sebab ianya bagi penulis menyajikan makanan chinese, western dan malay yang sedap dan lain dari yang lain. Harga makanannya berpatutan dan kuantiti hidangan agak banyak. Memang kenyang sampai anda rasa senak perut. Hahaha... gurau je. But seriously, anda patut cuba.
Cuba try k

Lokasinya mudah untuk dicari, jika anda daripada KL, mesti anda akan sampai simpang empat pertama yang jika anda belok kanan akan berjumpa Pasaraya Tesco, tapi restoran ni hanya disebelah kiri simpang tersebut. Asalnya restoran ini kecil sahaja, tapi kini dah lebih besar dan banyak ruang parking kereta walaupun tepi2 jalan je. So, kalau kedai kecil jadi besar tentu anda tau mengapakan. Sebab ianya ramai pelanggan. Cubalah ye jika berkelapangan. 

p/s: US tak dapat komisen pun. Just nak share :P

2 comments:

  1. orang manjung ghopenya. hehe. tesco baru tu ek? bertentangan dengan giant seri manjung kan? tak perasan plak kedai tu.

    ReplyDelete
  2. Tesco baru. kedai ni kat Simpang Empat nak ke KL tu.

    ReplyDelete