Pages

agoda.com INT Lazada MY

Sumber Inspirasi ! Blog ‘Life Through My Eyes’


Cikgu Apis


Ada pelbagai sumber inspirasi dalam dunia ini. US malas nak nyatakan satu persatu. Hanya ingin kongsi kejayaan seorang guru muda yang sememangnya menyuntik semangat untuk berjaya sepertinya. Ok, kejayaan adalah sesuatu yang subjektif dan objektif. Subjektif bilamana anda seorang sahaja yang tahu tahap pencapaian kejayaan anda. Anda rasa puas, anda rasa berjaya. Objektif bilamana kejayaan ditentukan dengan bukti fizikal iaitu anda ada kereta mewah, anda jadi popular, or anda ada buku tulisan tangan anda.

Apa yang US nak kongsikan ini adalah rasa teruja dan berbangga sebab ada seorang guru muda yang ditempatkan di kawasan pedalaman orang asli di Perak berjaya menjadi penulis blog yang menerima anugerah Perdana Menteri pada majlis APICTA (Asia Pacific ICT Awards) dengan kerjasama MSC Malaysia.

Nama beliau adalah Muhammad Hafiz Ismail. Jika anda lawat blog beliau, anda mungkin terkejut kerana blog beliau terlalu ringkas seperti blogger  yang sangat amatur tidak seperti blogger seperti Eriqazz, Redmummy, madammondoq or ariffshah. Tetapi beliau tercalon dan terus memenangi anugerah ‘Prime Minister Best of the Best APICTA Award 2011 and Best e-learning category APICTA Award 2011’
Tahniah!

Mungkin ada diantara kita yang akan kata, ala, dia submit entri ke MSC APICTA dah tentulah dia menang. Jika ada blog otai lain yang hantar, sure dia takkan menang. Hmm.. anda fikir begitu ke?

Jangan pandang rendah pada kebolehan seseorang. Ada kenyataan yang mengatakan bahawa hafiz telah menewaskan seramai 246 blogger lain yang kebanyakkannya adalah blogger tegar. So what? Walaupun blog beliau tak semegah blog otai yang lain, beliau tetap mampu berdiri disebelah Dato’ Seri Najib dan dengan bangganya menggondol anugerah tersebut.

US tak cemburu sangat dengan kejayaan yang itu, tapi US cemburu sangat sebab beliau dah ada buku tulisan beliau yang terjual di kedai buku popular MPH. What? Bloody hell? Hebat kan? Walaupun begitu beliau remain humble dengan mengatakan ianya satu bentuk percubaan. Yela, jika tidak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya kan?

Hasil kejayaan ini, beliau terpilih mewakili Malaysia di Pattayya, Thailand. Hebat!! Walauapa-apapun, tahniah kepada anda Cikgu Hafiz, semoga berjaya suatu hari nanti. US suka buku anda. :)

p/s : US pun rasa nak calonkan blog US tahun depan la. hehe

No comments:

Post a Comment