Pages

agoda.com INT Lazada MY

Terapi Warfarin I Siapa yang perlu tahu?


Ada beberapa jenis jenama dalam pasaran seperti Apo-warfarin dan Coumadin

Pernahkah anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah jantung?Stroke@Angin ahmar? Atrial fibrillation (degupan jantung yang terlalu cepat)? Deep Vein Thrombosis?? Pulmonary Embolism? Penggantian injap jantung?? Ataupun penyakit keturunan seperti kekurangan faktor pembekuan darah??.. Jika ada salah satu daripadanya, elok juga anda membaca entri ini sampai habis. Jika tiada, bacalah untuk tambahkan ilmu pengetahuan anda semua.
DVT (Deep Vein Thrombosis)

Ok, kesemua masalah perubatan yang dinyatakan di atas memerlukan terapi warfarin. Kerana apa? Kerana penyakit yang disebutkan tadi memerlukan pencegahan daripada pembentukkan darah beku.

Warfarin juga dikenali sebagai ‘ubat pencegah darah beku’. Ia bertindak mencegah darah beku dengan menghalang fungsi vitamin K di dalam badan.

Apa fungsi Vitamin K ni pula?

Vitamin K diperlukan oleh tubuh kita untuk menghasilkan faktor-faktor pembeku darah iaitu faktor II (juga dikenali sebagai protrombin), faktor VII, faktor IX dan faktor X.  Nak tahu lebih lanjut cuba perhatikan gambarajah dibawah. Jangan risau, tidak perlu serius sangat untuk belajar bio-kimia susur alir proses pembekuan darah ini. Just untuk kefahaman sahaja. Tidak faham tidak mengapa.
Blot Clot akan memberhentikan pendarahan dari terus berlaku
Bio-kimia susur alir yang lagi lengkap

Ok, faktor-faktor yang diterangkan tadi berfungsi dengan cara mengelakkan sesuatu pendarahan luar atau dalam berlarutan sehingga mencapai tahap yang membimbangkan. Justeru itu, Vitamin K adalah zat yang sangat diperlukan untuk pembekuan darah.

Walaubagaimanapun, pesakit-pesakit yang menjalani rawatan terapi Warfarin (ubat pencair darah) TIDAK di galakkan untuk memakan sayur-sayuran, bijirin, buah, hasil tenusu dan minuman yang tinggi kadungan Vitamin K. Ini kerana makanan yang tinggi kandungan Vitamin K akan menghasilkan kesan yang bertentangan dengan kesan Warfarin. Yela, satu agen pencair darah, satu lagi agen pembeku darah.

Jika sekiranya ingin dimakan juga ia perlulah dimakan dalam jumlah yang sedikit. Senarai makanan berikut telah dikenalpasti akan berinteraksi dengan Warfarin dan seterusnya mengurangkan efikasi Warfarin.
(Daripada Olson, R.E. : Vitamin K in Goodhat, R.S., and Shils, M.E(ed): Modern Nutrition in Health and Disease. 6th edition. Philadelphia & Febiger, 1980, ms. 172)

Jika anda terlupa mengambil ubat warfarin, apa yang perlu anda lakukan?
Jika terlupa satu dos (melepasi waktu biasa pengambilan), makan sebaik sahaja teringat. Tetapi jika sudah hampir sampai waktu dos yang berikutnya, tinggalkan dos yang terlupa dan ambil dos yang seterusnya.

JANGAN SESEKALI GANDAKAN DOS JIKA TERLUPA MENGAMBIL SATU DOS

Jika tidak!! Ini yang bakal berlaku:

-          Lebam yang luar biasa.
-          Pendarahan berlebihan pada luka.
-          Hidung dan gusi berdarah.
-          Najis atau kencing berdarah.

p/s : Segera meminta nasihat doktor atau pharmacist anda sekiranya anda mengalami gejala seperti di atas.

1 comment:

  1. Jika berhenti mkn warfarin. Tanpa arahan doktor. Apa akan berlaku? Adakah Dengue juga ada kaitan dgn bacaan warfarin?

    ReplyDelete