Pages

agoda.com INT Lazada MY

Terima Kasih Dato' Seri Najib

Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara

Mesti semua dah maklumkan pasal Bajet yang baru diumumkan petang tadi. Banyak jugak inisiatif baru yang kerajaan cuba laksanakan pada tahun hadapan. Baguslah kalau Bajet ini untuk kesejahteraan rakyat. Selaku kakitangan awam, US menerima sahaja apa yang dirancangkan oleh kerajaan. Kenapa terima sahaja? Sebab kita bukan mereka2 yang berkuasa menggubal, pembuat keputusan dan hanyalah pekerja bawahan. Ini juga untuk mengelakkan daripada kecewa dek terlampau mengharap bulan jatuh ke riba. So, apa sahaja yang dirancangkan US terima seadanya. Selaku kakitangan awam, ada berita baik untuk kita semua. Setengah bulan bonus dan kenaikan gaji mengikut gred. Alhamdulillah. Dapatlah duit lebih sket. Cuma antara rancangan lain yang kerajaan utarakan sebentar tadi juga perlu kita teliti dan ketahui kerana daripada situlah peluang yang mana mungkin menguntungkan kita. Tinggal lagi kita kene proaktif mencari peluang tersebut. Untuk laporan lanjut tentang belanjawan 2012, korang boleh tengok SINI (Utusan Malaysia) 

Antara key point yang mungkin menguntungkan kita semua seperti berikut:
1. Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kpd isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

2. Warga emas berumur 60 tahun ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.

3. RM200juta akan disediakan untuk melatih belia yg telah meninggalkan sekolah melalui Program Strategik untuk Belia 1Msia 

4. Kerajaan akan sediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi barah servik.

5. Peruntukan RM10juta akan disediakan untuk melatih wanita professional  kembali ke pasaran kerja.

6. Kerajaan akan terus melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dgn membina 75,000 unit rumah mampu milik. (Baguslah, teruskan niat murni ini)

7.  Kerajaan akan tawar bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam, termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana & 500 kedoktoran falsafah. (lagila buat rasa bersemangat nak buat Master)

p/s: Thanks Dato' Seri Najib. (Syukur) 

2 comments: