Pages

agoda.com INT Lazada MY

11.11.11 Tarikh keramat? Penuh Misteri,Tragedi dan Cerita.



Hari ni dah 12.11.11, cuba tgk kat posted date di atas, betul x? hehe. 

Nak cerita sket pasal tarikh ini, ada pasangan melangsungkan perkahwinan pada tarikh ini. Ramai yang berlumba-lumba daftarkan perkahwinan pada tarikh ini. Masyarakat Cina kata ada  Ong. Betul ker? atau sekadar nak mudah mengingati saja.

Jika anda baca newspaper hari ni. Mesti ada berita berkenaan kemalangan tragis di Behrang. Meragut 4 nyawa. Tragedi ini seumpama berulang kembali setelah satu tragedi berlaku pada tarikh 10.10.10. Adakah ini bermakna tarikh berturut ini membawa petaka?

Itu cerita yang berlaku dalam negara. Artis seperti Lan A to Z dan Hattan menamatkan zaman duda pada tarikh ini. Tahniah! Takziah buat keluarga yang terlibat dalam nahas jalanraya di Behrang. Semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang soleh.

Bagi aku pula apa yang signifikan tentang tarikh ini?

Bagi aku, tarikah 11.11.11 adalah tarikh penamat untuk satu minggu yang gila, memenatkan dan juga hari terakir proses perolehan dibuat di tempat kerja aku. Dalam 11 ari bulan Nov ini aku terpaksa ke KL, Lumut dan Lumut ,Penang berkali-kali. Pengertian pengorbanan di waktu hari raya korban terasa difahami. Banyak perkara yang berlaku sehinggakan tiada masa nak menulis atau dikongsikan, masa yang ada cukup-cukup untuk rehatkan badan dan meneruskan tugasan dan tanggungjawab.

Untuk isteri pula, hari itu merupakan hari terakhirnya di Wad Pembedahan sebelum ditukarkan di Jabatan Pesakit Luar seperti yang diharapkan. Alamdulillah.

Untuk anda pula bagaimana? adakah tarikh ini adalah tarikh keramat untuk anda? Tak usah dipercayakan keramat atau tidak. Ianya masih hanya sekadar tarikh. Setuju tak? hehe

p/s : Nak tau betapa seronoknya isteri dengan tarikh tu. Terjah SINI

No comments:

Post a Comment