Pages

agoda.com INT Lazada MY

Apa perkaitan COMBI dan Aedes?


Seperti yang semua sedia maklum, aedes merupakan vektor yang perlu ditentang, diganyang dan dibunuh sebaik mungkin. Jika anda perasan, Nuffnang pun ada mengiklan kempen kesedaran menghapuskan nyamuk aedes di iklan-iklan yang ditaja nya.

Ini bukanlah sponsored post oleh Nuffnang atau KKM seperti ramai blogger famous lain dapat dan buat, ini adalah puzzle yang hilang daripada informasi di blog mereka. Tak ramai yang sedar program menjahanamkan nyamuk aedes ini bermula dengan kempen COMBI. Apa itu COMBI? Communication of Behavioral Impact atau Kominukasi untuk perubahan tingkah laku.

Tingkah laku siapa? Bukan Aznil Hj. Nawawi saja, tapi awak, awak, awak, dan awak lagi yang baca ini. Semuanya. Bukan hanya setakat pengiklan hapus aedes atau syarikat shieldtox mahupun Ridset. Bercakap tentang komunikasi dalam kempen COMBI ini adalah seperti sikap saling ingat mengingati sesama kita tentang bahaya nyamuk aedes yang boleh membawa kepada demam denggi.

So adalah amat penting sekiranya kita semua sedar dan ambil peduli tentang bahaya demam denggi yang disebabkan oleh nyamuk aedes. Seperti dalam iklan di TV, 'Tidak peduli: mengundang maut' .

Bersamalah kita cegah pembiakan nyamuk aedes melalui perubahan sikap dan komunikasi berkesan. Seperti di Jepun, seekor lalat pun susah nak jumpa, tin2 sisa makanan dibasuh dahulu sebelum dibuang, bayangkan sampai ke tahap itu disiplin masyarakat jepun. So, belajarlah dari sikap mereka yang dah maju.


p/s: COMBI bukan combi anak mami k. Nanti nak suruh wife buat entri demam denggi di blog beliau. Dari perspektif doktor. SINI

5 comments:

  1. gud info doktor..=)
    jom cegah aedes..!!
    tiada aedes tiada denggi.. ^_^

    ReplyDelete
  2. memang takut dengan penyakit denggi sebab ada kenangan terpilu..cucu saudara berumur 7 tahun meninggal di sebabkan penyakit merbahaya ini..abang ipar pun pernah kena juga..alhamdulliah nasib baik dah sembuh

    ReplyDelete
  3. lately ni banyak nyamuk kat umah time maghrib.. adui yai.. terus sembur ridscent satu umah

    ReplyDelete
  4. kena hati2 sekarang, nyamuk aedes kian boleh bermutasi kepada asap fogging..

    ReplyDelete
  5. bila nak kenalkan dengan wife ni?????hahahaha!!! ok, tunggu entry berikutnyer ;)

    ReplyDelete