Pages

agoda.com INT Lazada MY

Blues di pagi hari

Bertimbum kerja yang kena buat. Dari 1 Nov hingga kini tak henti2 kerja nak dibereskan. Meeting sana sini. Duit berjuta-juta kena habiskan. Mana2 ubat yang perlu dibeli kena masuk Jawatankuasa Pembelian Terus. Fail lagi perlu dibuat. Meeting dengan Pengarah Farmasi utk semak Sasaran Tahunan Kerja Jabatan Farmasi perlu dibereskan. Next week off ke Seremban, in charge team hockey pulak selama seminggu. Nasib mak ayah mertua ada boleh tgkkan anak. Malaysian Pharmaceutical Society punya event miss nak pegi. Ada urusan keluarga yang perlu diuruskan. Tak sempat nak buat entry yang proper. Sometime kita kena fikir cara nyah stress dari otak supaya tak serabut kepala ni. Apa cara yang korang buat. Aku selalu akan dengar muzik kuat2 dari kereta jika aku drive sorang. Kalo tau lirik nyanyi kalo x just enjoy the music sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan yang terbentang sepanjang perjalanan. Bulan ni agak2nya dah lebih 10 kali aku ulang alik ke KL lalu Lebuhraya LATAR.

   Dari Lumut ke KL lalu LATAR memang mendamaikan. Pagi aku keluar rumah jam 4 pagi sewaktu semua tgh lena dibuai mimpi peluk suami peluk isteri, aku dah drive ke KL mesyuarat sana sini. Nasib peruntukkan yang dimohon dapat. Untuk pesakit di hospital aku jugak. Untuk 'perisai' staf2 aku menjawab kat pesakit. Tidaklah mahu asyik kata ubat dah habis. Yes ekonomi sekarang memang agak lembap, peruntukan tak mencukupi, harga barang semakin tinggi tapi selagi ada jalan untuk pesakit2 dihospital aku, aku tetap akan cuba fight duit dari 'pihak atasan' supaya tgk, 'Hey, look down to our people our rakyat please, they're suffering and we dont want to burden them by saying ubat habis'.. At last, tambahan diperolehi. Syukur. What next?? Paper work la. Sometime when u r in disarray of not organising your time well, you just enjoy that moment. Feel it, n try make something 'magical' from it. Nawaitu kena betul. Niat nak membantu orang lain memang murni. Tapi ada limitasi. Itu kena faham.

   Aku hanya berusaha, yang lain Allah yang tentukan. Selalu aku pegang prinsip sederhana dalam kehidupan. Jangan berlebihan atau kurang. InsyaAllah. Semuanya dipermudahkan. Penat? Memang sgt penat. Aku bukan berpangkat tinggi yang ada driver bole bawa sana sini tak kira masa. Tapi itu tak mustahil, jika ada rezeki hari itu akan tiba. Sekarang ni masih 28 tahun, masih gagah lagi nak drive balik hari. Aku layankan aje. Tapi bila tiba waktu, aku akan 'lanyak' driver aku. Siap2 la my future driver. haha.

  Berangan je lebih. Untuk sampai ke tahap tu perlu 8 tahun lagi agaknya. Aku slow2 ikut arus. Pegi Master dulu 2013 insyaAllah. Biasiswa dah ada, 2013 masa diberi. Syukur. Ilmu yang ada perlu diberi semula kepada insan lain. Pinjaman semata2. hopefully ilmu yang baik akan digunakan oleh insan yang lain and hanya Allah yang tahu betapa aku nak sangat rahmat dan keberkatan di akhirat kelak. Iman tak diperturunkan dan diwarisi. Kena cari sendiri. Amalan baik kena buat sendiri. Pahala kena gali sendiri. Cara itu cara aku. Nurture people to be someone better and aku rasa aku semakin good at it. Dulu, nak urus 20 orang lebih staf yang kebanyakkan lagi senior umur aku amat payah. Nak bentuk perangai dan attitude yang paling mencabar. Sekarang dah boleh, sket2, mcm air. 

  Terasa puas bila staf belanja makan sebungkus nasi lemak dan milo ais sebab anugerahkan AKC pada diorang, terasa puas bila staf beriya nak salam ngan aku sebab tolong dia dapatkan pekerjaan diluar selaku Pembantu Farmasi di Klinik Kesihatan UiTM dengan gaji RM 3k lebih. Cukup nak tampung seisi keluarga dengan isteri tak bekerja dan hanya mengharap pencen askar, terasa puas bila staf senyum bila tiap2 tahun gaji semakin bertambah. Memang susah nak setelkan masalah ini, tapi sebagai Ketua Jabatan perlu mencuba dan terus mencuba. Jangan mengalah, Once mengalah, that's it. you're done!. 

  Manager or leader? which one better?

  Apa2 pun acara lawatan ke sebuah kilang farmaseutikal tempatan di Bandar Ernstek Disember ini bakal jadi acara release stress dari setahun bekerja.
Dan cara aku releasekan stress... menulis. 

p/s:Ditulis sewaktu ko yang tgh baca ni masih lena diulit mimpi peluk isteri peluk suami peluk anak peluk bantal pagi tadi

3 comments:

  1. hahahaha. standard lah tu bluesss pepagi lagi2 kalau ari Isnin lagilah bluesss. eh, sorry eh tumpang komen.. buat perenggan please, naik juling nak baca -..- *lariii*

    wife n anak sihat ke tak?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, sihat, lizz..(tlg jawab utk husband :P)

    kesian tgk abg yg asyik travel je bulan ni...jgn jatuh sakit udahle..

    ReplyDelete
  3. hahaha.. lizz tu sebab namanya bluesssss

    ReplyDelete