Pages

agoda.com INT Lazada MY

Ada apa di Nilai?

Entri kali ini hanya ingin mengwar-warkan tempat membeli belah yang paling disukai ramai di Negeri Sembilan. Tempat yang dimaksudkan adalah Nilai. Anda pernah pergi Nilai? Jika ditanya kaum lelaki mesti malas nak pergi, tapi kalau di tanya pada kaum perempuan, berlari-lari nak pergi. Yer ke statement tu?
Syurga beli belah untuk wanita?


Waktu aku adakan lawatan di salah sebuah kilang membuat diasylate terkemuka yang dimiliki 100% pemilik bumiputera di Bandar Ernstek, aku ambil kesempatan itu untuk ikut anak-anak buah rombongan yang jumlahnya hampir 30 orang ke Nilai. Mana tidaknya, ramai peserta rombongan perempuan, so memang beria nak pergi. Tak kurang juga yang lelakinya, siap beli motor elektrik untuk anak, carpet, baju dan berbagai lagi.

Sejujurnya, aku rimas dengan tempat-tempat macam ini, sesak, panas. Tapi sebabkan ramai anak buah yang hendak pergi, alang-alang dah sampai ke Nilai, eloklah kami singgah sebentar, nanti tidaklah balik dengan rasa terkilan. Pada pengamatan aku, memang harganya murah-murah. Berduyun-duyun orang datang singgah. Banyak bas persiaran juga, bermaksud ramai pengunjung luar Nilai datang membeli sakan di sini.
Kedai yang aku singgah. Buatan tangan Sarawak

Untuk anda yang belum ke Nilai, elok juga jenguk, jengah dan jejakkan kaki ke sini. Mana nak tau apa yang diingini dapat dimiliki dengan harga yang murah. Siapa tahu? Oh Ya, siapa yang pandai bargain ,  tempat ini memang untuk anda. Aku just belikan baju tidur untuk isteri tersayang dan anak tercinta. Untuk aku, tiada. Kepuasan aku bila tengok riak anak buah gembira. Itu sudah cukup untuk aku.

No comments:

Post a Comment