Pages

agoda.com INT Lazada MY

Disember : Bulan untuk Capricornians?

Bilasaja sampai bulan Disember, sesuatu yang agak special dapat aku rasakan. Aku tak tahu mengapa bulan ini istimewa dalam diri aku. Adakah maybe sebab aku dilahirkan pada bulan ini? Adakah aku seorang capricorn menurut zodiak? Walauapapun sebab istimewanya Disember ini bagi aku, aku nak ucapkan selamat datang disember, selamat tinggal november. 


Teringat waktu aku d tingkatan 2 di SMKTM, Changkat Jering dulu, seorang cikgu berbangsa cina pernah menanyakan tarikh lahirku. Bila aku sebut dan beritahu, lantas beliau katakan aku 'special'. Aku tak mengerti maksudnya. Ketika itu terus aku teringat seorang tukang jahit cina juga tempat mak aku suruh aku hantar kain utk jahit tepi, bila dia tengok mukaku, terus juga tanyakan soalan yang sama. Katanya aku ada 'Ong'. Pesannya lagi, belajar rajin2 walaupun aku waktu tu darjah 3 dan agak nakal.

Kedua-dua peristiwa tu memang aku tak paham. Nak dijadikan cerita, ketika ini pun masih ada lagi orang-orang cina terutamanya amoi-amoi pharmaceutical rep juga mengatakan benda yang sama bila bertemu denganku di pejabat. Asal aku tunjukkan no kad pengenalan aku, tentu saja ada kata-kata 'Ong' dan 'Untung' terkeluar dari mulut diorang. Aku hanya tersenyum dan tersengih. 

Itu cerita dari masyarakat Cina. Di kalangan masyarakat India pula, aku juga dikatakan 'bertuah' sebab memiliki tahi lalat di tengah dahi. Apsal pula ni?. Waktu aku ziarah rakan berbangsa India sewaktu Deepavali dan Thaipusam, sering kali tahi lalat ku dijadikan modal menilik 'tuah' diri aku. Aku tak faham mengapa. Aku sehingga kini masih tak faham. Itu mungkin kepercayaan mereka sahaja. Apa yang pasti, aku hanya percayakan takdir tuhan.

Disaat berbicara tentang takdir, aku bersyukur sebab semuanya dipermudahkan. Aku tak pernah mengimpikan untuk jadi seperti sekarang, semuanya ketentuan tuhan. Terfikir kembali diwaktu ibu dan ayah mahukan aku menjadi seorang doktor, aku bertanya kembali, kenapa perlu doktor? tidak yang lain. Setahu aku, aku minat sangat askar, cikgu dan polis. Itu sewaktu disekolah rendah, disekolah menengah aku lebih meminati Kejuruteraan. Tapi takdir ku tidak berkata begitu. Jadilah aku pelajar sains bio dan akhirnya Farmasi yang sememangnya ketentuan Tuhan.

Aku mengikut sahaja kehendak ayah dan ibu yang mengimpikan aku untuk jadi seorang doktor, aku letakkan semua permohonan UPU jurusan kedoktoran dan kejuruteraan. Akhirnya yang aku dapat adalah Farmasi. Aku layan je bidang ni. Sampai aku tersedar, yang Disember itu juga sesuai dengan Ahli Farmasi. Yang Capricorn itu sesuai dengan seorang pengurus. Dan itulah yang aku    alami kini.

Kepada Allah s.w.t juga aku panjatkan kesyukuran kerana rezeki yang diberikan, akal yang dikurniakan, tenaga yang dianugerahkan. Kini aku bertemu kembali dengan Disemberku. Bulan yang menjadi saksi munculnya aku dimuka bumi ini. Yang selama 28 tahun aku hirup udaramu dan menjalani kehidupan sebagai hambamu. 

Hanya aku faham betapa specialnya Disember dihatiku. This is my December. 

3 comments:

  1. Salam , umur baru 28 tahun ye .. suami saya 29 tahun , asal orang cangkat jering hehe ..kenal kah ? atau sekarang tk tinggal di sana lagi ?

    apa pun kita sekarang adalah hasil usaha kita dulu .. seterusnya takdir dari - NYA

    ReplyDelete
  2. Bestnyaa bulan december, orang cakap, december baby untung sbb selalu jadi yang paling muda compare tu bulan2 lain.Orang lain semua dah 28 nak masuk 29.Dia baru masuk 28 genap.kira macam tu la..=)

    ReplyDelete
  3. puanbee: Tak kenal. Tapi maybe kenal. Ntah. Hubby sekolah mana dulu?

    Arra: Ha'ah, itu yang paling best!!.. hehe

    ReplyDelete